2 Jenis Buah Ini Disyorkan Untuk Pemulihan Paru-Paru Perokok

Percayakah anda jika dikatakan tomato dan epal boleh membantu membaik pulih paru-paru ‘rosak’ akibat merokok? Kajian baru oleh saintis Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health mengatakan bahawa dengan makan buah-buahan segar seperti tomato dan epal sebenarnya membantu memperbaiki paru-paru yang rosak disebabkan merokok di samping boleh melambatkan proses penuaan secara semula jadi.

 

Para penyelidik mendapati bahawa tomato dan epal adalah buah-buahan yang paling baik dan berkesan kerana terdapat komponen tertentu dalam kedua-dua buah ini yang sebenarnya dapat membantu memperbaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh merokok.

 

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa bekas perokok yang banyak makan makanan seperti tomato dan buah-buahan, terutama epal membantu untuk memperlahankan penurunan dalam fungsi paru-paru selama tempoh 10 tahun.perokok, bahaya merokok, paru-paru perokok, cara pulihkan paru-paru perokok, berhenti merokok

Selain itu, saintis berpendapat bahawa orang dewasa perlu makan kira-kira dua biji tomato atau lebih daripada tiga biji buah-buahan segar setiap hari untuk menikmati manfaat penuh.

 

Kajian itu juga mendapati bahawa orang dewasa yang makan lebih banyak tomato mempunyai paru-paru yang berfungsi dengan lebih baik tidak kira sama ada mereka yang merokok atau tidak.

BACA JUGA: Awas! Merokok Selepas Makan 10 Kali Ganda Bahayanya

Vanessa Garcia-Larsen, pembantu profesor di Jabatan Kesihatan Antarabangsa Bloomberg dan penulis utama kajian itu berkata, “Kajian ini menunjukkan bahawa diet boleh membantu memperbaiki kerosakan paru-paru pada mereka yang berhenti merokok. Ia juga menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan buah-buahan dapat melambatkan proses penuaan secara semula jadi walaupun anda tidak pernah merokok. Hasil kajian ini merupakan sokongan kepada keperluan diet, terutama bagi orang yang berisiko mendapat penyakit pernafasan seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).”

perokok, bahaya merokok, paru-paru perokok, cara pulihkan paru-paru perokok, berhenti merokok

Pasukan penyelidik mengkaji fungsi paru-paru lebih daripada 650 orang dewasa pada tahun 2002 menggunakan prosedur spirometri iaitu satu prosedur yang mengkaji keupayaan paru-paru untuk mendapatkan bekalan oksigen. Mereka mengambil kira dua ukuran standard dari setiap para peserta iaitu keupayaan mereka untuk menarik dan menghembus nafas.

Jenis diet keseluruhan mereka juga dinilai dan 10 tahun kemudian, fungsi paru-paru mereka diuji sekali lagi. Bagi yang biasa merokok, mereka akan lebih mudah untuk melihat hubungan antara diet dan fungsi paru-paru. Dalam tempoh 10 tahun, bekas perokok yang makan lebih banyak tomato dan buah-buahan mempunyai paru-paru yang lebih baik daripada mereka yang tidak makan tomato dan buah-buahan.

perokok, bahaya merokok, paru-paru perokok, cara pulihkan paru-paru perokok, berhenti merokok

“Fungsi paru-paru mula menurun pada umur 30 tahun pada kelajuan berubah-ubah bergantung kepada kesihatan umum dan spesifik individu,” kata Garcia-Larsen.

“Kajian kami menunjukkan bahawa makan lebih banyak buah-buahan secara berkala dapat membantu mengurangkan penurunan fungsi paru-paru ketika seseorang mula berumur. Ia juga bahkan dapat membantu memperbaiki keroskaan paru-paru disebabkan oleh merokok. Diet boleh menjadi salah satu cara untuk memerangi peningkatan diagnosis COPD di seluruh dunia. “

Sumber: World Of Buzz

BACA JUGA: Lakukan 4 Tip Mudah Berhenti Merokok

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 − 11 =