Inilah 12 Khasiat Bunga Telang Selain Amat Bagus Untuk Kesuburan Wanita.

Inilah 12 Khasiat Bunga Telang Selain Amat Bagus Untuk Kesuburan Wanita. | Tengok sahaja bunga telang ni mesti teringat nasi kerabu, khasiat bunga telang ni banyak tau bukan sekadar berfungsi sebagai pewarna makanan sahaja.

Kacang telang atau nama botaninya clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.

Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

khasiat bunga telang, manfaat bunga telang, bunga telang

Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung.

Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah.

Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Sebagai cara meningkatkan kesuburan rahim wanita.

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran sek*sual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ sek*sual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, khasiat bunga telang ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia.

Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit sek*sual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.

Ya bunga ini sesuai untuk dijadikan makanan meningkatkan kesuburan.

Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:

  • Segenggam Bunga Telang
  • Segelas Air Panas
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

  • Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas.
  • Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.
  • Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.
  • Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa.
  • Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

khasiat bunga telang, teh bunga telangMenyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Khasiat bunga telang ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, khasiat bunga telang ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.

Mencuci Darah

Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Khasiat bunga telang dalam bentuk rebusan air sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

Mengatasi cirit-birit

Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.

Mengatasi sembelit

Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.

Membuka selera makan

Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

Merawat ulser mulut

Jika anda mengalami ulser mulut, khasiat bunga telang boleh digunakan dengan merendam bunga dan kacang telang dengan air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

Mengubati bronkitis

Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.

Mengubati sakit telinga

Jika anda mengalami sakit telinga, khasiat bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.

Mesti ramai terkejut dengan khasiat bunga telang ni, tak sangka bunga yang kecil dan cantik ni mempunyai pelbagai kegunaan untuk membantu kesihatan dan kecantikan diri kita.

Nota kesuburan : Apa pandangan anda tentang khasiat bunga telang ni? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 11 =