Wanita! Elak Ketumbuhan Fibroid & Cyst Dalam Rahim Dengan 7 Cara Ni

Aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang adalah salah satu simptom anda mungkin mengalami ketumbuhan fibroid. Simptom-simptom lain adalah kerap membuang air, sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen.

Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai.

Ada yang merasa sakit akibat ketumbuhan fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai ketumbuhan fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.

1. Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.

2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obese berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.

Ketumbuhan Fibroid

BACA JUGA: Pesakit Kanser Menyewa Rumah Kayu Dalam Kebun Getah, Suami Pula Hilang Kerja.

3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.

4. Kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah menggalakkan pertumbuhan fibroid.

5. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.

6. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.

7. Banyakkan ambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.

BACA JUGA: Nasihat Doktor, Jika Kitaran Haid Terganggu Sila Awasi 8 Perkara Ini. Allahurabbi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 2 =