Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyihatkan Jantung Wanita

Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyihatkan Jantung Wanita | Bismillahirrahmanirrahim…..

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

BACA JUGA: Inilah 4 Langkah Memujuk Pasangan Selepas Bergaduh Dari Sudut Psikologi

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke.

Kuasa Ucapan Maaf

Namun ketika mendengarkan kata ucapan maaf dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.ucapan maaf, suami minta maaf, minta maaf, minta maaf pada isteri, minta maaf pada pasangan

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan kerap membuat ucapan maaf kepada pasangan tak perlu nak ego sangat.

BACA JUGA: Tiada Maaf Bagimu? Cukup-Cukuplah Berdendam, Allah Tinggikan Darjat Kita Apabila Memaafkan Orang Lain

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 + eleven =