Jangan Sebarangan Adjust Dos atau Henti Makan Ubat Darah Tinggi – Doktor

Ada penghidap darah tinggi takut nak makan ubat darah tinggi. Malah ramai sebenarnya rakyat Malaysia penghidap darah tinggi senyap. Kenapa senyap? Sebab mereka tahu yang diri mereka ada simptom-simptom darah tinggi, tapi MALAS jumpa doktor.

Ada juga yang dah jumpa, tapi makan ikut suka. Sebab bila makan ubat darah tinggi ada side effect bersangkut paut nafsu nak ‘bersama’ pasangan. Dia jadi tak ‘perform’. Sudahnya ada yang ikut logik akal sendiri, ubah dos atau makan ikut gerak hati.

Tak bagus sebenarnya cara itu ya tuan-puan. Ada jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan terutama berkaitan ubat. Apa pun penjelasan daripada Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini membantu anda memahamkan pengkelasan ubat darah tinggi.

Dalam masa yang sama, memberi kelegaan kepada penghidap darah tinggi. Jika ketika makan ubat darah tinggi ada kesan sampingannya, jangan suka hati buat keputusan sendiri tapi carilah jalan penyelesaian dengan bantuan doktor. Yang penting, jangan malu dan ceritalah hal sebenar.. apa yang anda alami itu dekat doktor anda.ubat darah tinggi, bahaya tak ambil ubat, cara ambil ubat darah tinggi, pengambilan ubat darah tinggi

Ubat Darah Tinggi

Ubat darah tinggi ada banyak kelas yang berbeza. Lain kelas, lain caranya turunkan tekanan darah. Ada yang caranya buang air & garam berlebihan menerusi air kencing, ada yang caranya mengendurkan / kembangkan saluran darah arteri, ada juga yang menghalang penghasilan enzim di buah pinggang.

Hari ni kita tengok ubat darah tinggi dari kelas BETA BLOCKER. Caranya kawal tekanan darah ialah dengan mengurangkan kadar degupan jantung (slow the heart rate) dan mengurangkan kekuatan setiap degupan (reducing the heart contractility).

Ubat dari kelas Beta Blocker ni antara ubat yang otai. Ramai pesakit guna ubat dari kelas ini. Dah lama dalam pasaran, puluhan tahun. Dan terbukti selamat. Nak kenal ubat dari kelas ini mudah sahaja. Perhatikan nama bahan ubat(bukan brand name). Nama yang berakhir dengan LOL ialah ubat darah tinggi dari kelas Beta Blocker. Contohnya, Atenolol, Metoprolol, Bisoprolol, Propanolol.

Ubat beta blocker ini selain untuk rawatan darah tinggi, kita gunakan juga untuk mereka yang ada sejarah heart attack, yang selalu sakit dada sebab jantung sumbat (angina pain), dan mereka yang ada masalah ritma jantung. Sebab ia menurunkan bacaan nadi, ubat ini juga berguna untuk mereka yang ada masalah jantung pam laju seperti pesakit Hyperthyroid.

BACA JUGA: Turunkan Darah Tinggi Dengan Kelapa Muda, Halba & Serai

Ubat beta blocker ini TAK BOLEH digunakan oleh mereka yang ada asma. Ia boleh cetuskan attack asma. Make sure inform doctor yang merawat anda jika anda ada asma atau sejarah keluarga asma.

Side Effect Yang Biasa Dialami, Kalau Ada

– Pening
– Letih / rasa macam mengantuk / lesu
– Sejuk pada tangan & kaki.

Side Effect Yang Jarang Berlaku

Tapi biasa juga aku jumpa ialah ia mengurangkan nafsu (libido), dan menggangu erection. Side effect ni yang biasa pesakit lelaki komplen. Pagi ini seorang patient umur 28 tahun stop makan ubat Atenololnya hampir 3 minggu, sebab erectionnya terganggu.

Ramai yang malu nak beritahu side effect ni, dan akhirnya kerap ponteng makan ubat. Apa jua side effect yang anda rasa jika ambil sebarang ubat, inform doktor / ahli farmasi anda. Jangan sebarangan adjust dos atau hentikan rawatan. Untuk kes ubat darah tinggi ini, kita akan tukar ke kelas ubat yang lain.

Sumber/Foto : Facebook Khairul Faizie Mohammad Kamar

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 + 11 =