Tip Pilih Cermin Mata Mengikut Bentuk Muka

Berapa ramai daripada rakan-rakan anda memakai cermin mata? Cermin mata adalah keperluan bagi mereka yang rabun dekat mahupun jauh tetapi itu tidak bermaksud ia akan menurunkan darjat dan gaya anda!

Apa yang pasti, pilihan cermin mata yang tepat mengikut bentuk muka akan membuatkan anda tampil lebih matang dan sofistikated.

‘Apabila sudah kenalpasti bentuk muka, cari cermin mata yang bertentangan dengan wajah anda supaya temui keseimbangan’

 tip pilih cermin mata, bentuk muka, bentuk cermin mata, sunglasses, glasses, bentuk muka dan cermin mataWajah ‘Petak’

Bentuk petak boleh dikatakan terlalu serius dari segi penstrukturan. Bagi mereka, carilah cermin mata yang akan kurangkan ataupun lembutkan struktur muka yang geometrik itu dengan pilihan yang nipis dan agak bulat.

Antara cermin mata yang sesuai:

tip pilih cermin mata, bentuk muka, bentuk cermin mata, sunglasses, glasses, bentuk muka dan cermin mata
Wajah ‘Bulat’

Secara ringkasnya, wajah yang bulat memerlukan struktur. Jadi, elak daripada memakai cermin mata yang bulat namun disebaliknya, bentuk yang lebih tajam akan membuat wajah anda lebih seimbang dari semua sudut.

Antara cermin mata yang sesuai:tip pilih cermin mata, bentuk muka, bentuk cermin mata, sunglasses, glasses, bentuk muka dan cermin mata

Wajah ‘Tajam’

Lebih dikenali sebagai wajah segitiga, ia mewakili wajah yang memiliki dahi yang luas tetapi dagu yang tajam. Pilihan terbaik adalah cermin mata yang boleh meluaskan dagu anda.

Antara cermin mata yang sesuai:

tip pilih cermin mata, bentuk muka, bentuk cermin mata, sunglasses, glasses, bentuk muka dan cermin mata

BACA JUGA: Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Bila Penat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment