Tip Mempercepatkan Jodoh Dengan Segera

Seperti yang sedia maklum, jodoh pertemuan, ajal maut sudah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Manusia tidak akan tahu bilakah jodohnya akan tiba dan hadir dalam hidupnya.

Dalam persoalan jodoh, para ulama’ telah menjelaskan bahawa terdapat 3 tahap Allah kurniakan jodoh kepada manusia. Pertama, ada dikalangan manusia yang bertemu jodohnya dengan segera yakni perkenalan yang singkat terus membawa kepada pernikahan. Kedua, ada dikalangan manusia yang akan lambat bertemu jodohnya sehingga ada yang bertemu jodoh ketika usia 40 atau 50 tahun dan yang ketiga, ada dikalangan manusia yang ditundakan jodohnya sehingga hari akhirat yakni dia akan bertemu jodohnya di kehidupan yang satu lagi.

Walaupun jodoh telah ditetapkan oleh Allah SWT, namun kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh kita. Antara tips untuk mempercepatkan jodoh dengan segera adalah seperti berikut.cari jodoh, jodoh, mencari jodoh, jodoh dari segi islam, tip cepatkan jodoh, cara cepatkan jodoh

Tips Mempercepatkan Jodoh Dengan Segera

1. Memperluaskan pergaulan
– Kebanyakkan orang yang lambat jodohnya hanya memiliki pergaulan dan kehidupan yang sangat terhad. Hanya bergaul dengan kawan – kawan yang terlalu sedikit. Jadi apabila kita memperluaskn pergaulan, kita akan kenal ramai orang dan mungkin kita akan kenal seseorang yang serasi dengan kita.

2. Jangan terlalu memilih yang sempurna
– Andai kita terlalu memilih yang sempurna sudah pasti kita tidak akan bertemu jodoh kita sampai bila-bila kerana manusia tiada yang sempurna. Jadi pilihlah pasangan yang serasi dengan kita. Kerana pasangan kita adalah cerminan diri kita.

BACA JUGA: 5 Tanda-Tanda Anda Seorang Isteri Yang Bertuah

3. Minta tolong pada keluarga, saudara mara atau sahabat
– Jangan malu untuk meminta pertolongan dari keluarga, saudara mara atau kenalan untuk carikan jodoh untuk kita. Nyatakan hasrat kita untuk bernikah. InsyaAllah mereka akan bantu kita.

4. Berani bertindak
– Jangan terlalu malu atau segan untuk memulakan percakapan atau ingin menegur seseorang yang ingin kita kenali dengan lebih rapat.

5. Perbetulkan diri
– Andai dulu selalu tertinggal atau lambat solatnya, maka kita boleh perbetulkan. Nak dapatkan jodoh yang baik, kita perlu berusaha jadi baik terlebih dahulu.

6. Rajin bersedekah
– Amalan sedekah secara istiqamah kadang antara punca tertariknya rezeki kepada kita, punya penyembuhan penyakit dan punca dijauhkan dari bala bencana. Selain itu, sedekah dengan ikhlas juga dapat membantu mempercepatkan jodoh.

7. Bertaubat dan berdoa
– Bersihkan diri dengan bertaubat kepada Allah dan berdoa bersungguh-sungguh dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh. Digalakkan berdoa di waktu – waktu mustajab berdoa seperti berdoa ketika selepas solat fardhu, berdoa di tengah malam selepas bertahajud dan sebagainya.

Moga, tips-tips yang diberikan dapat membantu anda disamping dapat bertemu dengan jodoh anda dengan segera. Aamiin

BACA JUGA: Pengajaran Dari Lelaki Berpendapatan 5 Angka Tetapi Tidak Berduit

*Jodoh bukanlah yang serasi atau yang mempunyai perangai yang sama macam kita, tapi jodoh adalah mereka yang mempunyai sikap atau perangai yang berlawanan dengan diri kita untuk saling melengkapi.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 + seven =