Tinggal Dengan Mertua Berpotensi Terkena Serangan Jantung, Betulkah?

Menantu Perempuan VS Mertua! Topik ini tidak asing lagi bagi anda, tetapi apakah sebab sebenar menantu perempuan tidak boleh berbaik dengan mertua? Pasti ada sebab-musabab tertentu, kan? Ramai saja berpesan, selepas berkahwin, elakkan tinggal serumah dengan ibu bapa. Tapi kenapa?

Jom fahami sebab-sebab mengapa ramai yang nasihatkan pengantin baru macam tu:

1) Berebut kuasa

Masing-masing ingin menunjukkan merekalah yang berkuasa dan paling penting dalam keluarga. Ia disokong Dr Terri Apter iaitu seorang pakar psikologi yang juga mengatakan kedua-dua wanita ini ingin mencapai posisi penting dalam keluarga. Apabila masing-masing nak menunjukkan kuasa, maka terjadilah konflik di antara menantu dan mertua.

menantu vs mertua, duduk dengan mertua, perempuan duduk dengan mertua, bahaya duduk dengan mertua, kesan duduk dengan mertua

2) Sensitif

Wanita terkenal dengan sikapnya yang sensitif kerana otak wanita lebih fokus terhadap emosi dan perasaan. Berbeza dengan lelaki yang lebih fokus terhadap membuat analisa logik dan impak terhadap sesuatu keadaan. Bukan nak kata mereka langsung tak sensitif terhadap emosi dan perasaan, sebaliknya otak yang mengendalikan emosi negatif lebih pasif berbanding otak wanita.

3) Simpanan memori lebih besar

Wanita hebat dalam mengingati sesuatu perkara yang melibatkan perubahan emosi, terutamanya emosi negatif. kalau perasan, wanita selalu dapat mengingati setiap keadaan dan pengalaman pahit tanpa tertinggal satu pun. Hebat, kan wanita? Lelaki lebih bersifat mudah melupakannya dan ia disokong Dr Klara Spalek iaitu Ketua penyelidik.

Katanya, kerana itulah wanita lebih terdedah dengan mudah berasa emosional berbanding lelaki.

4) Banyak buat kerja rumah

Segala kerja di rumah seperti memasak, mencuci, mengemas dan menjaga anak akan menjadi kayu ukur terhadap wanita bergelar isteri dan ibu.

Ia sangatlah berbeza dengan lelaki yang jarang-jarang sekali melakukan kerja rumah, kan?

5) Lelaki pandai mengelak dan bermain strategi

Lelaki selalunya lebih licik dalam mengelak pertanyaan dan persoalan daripada mertua. Malah, mereka juga mudah untuk melupakannya, berbeza dengan wanita. Kajian mendapati, wanita yang tinggal dengan keluarga mertua lebih berpotensi untuk terkena penyakit jantung hingga dua kali ganda berbanding lelaki.

Buat menantu dan mertua yang menghadapi masalah seperti ini, segeralah berbaik ya. Bersengketa tidak dapat memberikan sebarang faedah, malahan memberikan tekanan yang tidak baik untuk kesihatan anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − 4 =