Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan Mati, No 9 Yang Biasa Akan Terjadi.

Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan Mati, No 9 Yang Biasa Akan Terjadi. | Bagi pemilik kucing perkara yang menyedihkan bila kucing peliharaan mereka mati. Ada yang mati disebabkan faktor umur dan juga kesihatan. Tidak kurang juga yang kena langgar atau diracun orang lain.

Sebenarnya sebelum kucing peliharaan kita akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ada beberapa tanda tapi mungkin kita tidak sedar. Yerlahkan kucing bukan boleh bercakap yang dah sampai masa dia perlu pergi.

Kami kongsikan tanda-tandanya ini supaya takdelah korang rasa terkilan atau kecewa kerana tidak dapat memberikan penuh perhatian pada kucing ketika mereka memerlukan kita.

kucing peliharaan

Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Akan Mati.

1. Kucing Menjadi Lemah

Seekor kucing yang akan mati biasa akan baring dan tidur satu hari suntuk. Ia seolah-olah malas untuk menggerakkan badan, dan akhirnya tubuh akan mengeras dan kaku.

2. Kucing Akan Diam (Tidak Bersuara)

Kucing yang sakit biasanya tenaga akan hilang dan lemah, begitu juga dengan suaranya. Menurut pakar ada juga kucing yang mengeluarkan suara sebelum kematian, mungkin disebabkan rasa sakit yang dialaminya.

3. Suhu Badan & Denyut Jantung Menurun.

Buat pengatahuan anda, Kebanyakkan kucing memiliki suhu 36 darjah dan ia akan menurun bila hampir dengan kematian, denyut jantungnya pun juga semakin lemah. Denyut jantung kucing akan berdenyut tidak teratur sebelum ia mati.

BACA: Nampak Remeh,Tapi Inilah Hukum Dosa Memelihara Kucing Yang Mengejutkan

4. Perubahan Perwatakan

Kebanyakan kucing tidak suka dipegang dan di belai, ia juga akan jadi pemarah ataupun murung. Menurut pencinta kucing, ada juga sesetengah kes kucing yang bersifat independent atau sering keluar rumah, pada saat kematian mereka akan berada di rumah untuk mendapatkan perhatian tuannya sebelum mati.

5. Kucing Akan Bersembunyi

Kucing yang sudah tahu yang mereka akan mati mula mencari tempat yang tenang dan gelap. Ada sesetengah kucing yang akan mati juga akan bersembunyi dari tuannya. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia mati.

6. Perubahan Pada Makan

Makanan kegemarannya yang di sukai tidak lagi disentuh. Seolah-olah kucing itu tidak lalu makan atau sedang berpuasa. Sekiranya berlaku seperti ini, sebaiknya anda bawa ke veteriner untuk diperiksa. Kemungkin juga ada sebab lain kenapa ia tak mahu makan.

7. Perubahan Penampilan

Kucing akan kelihatan tidak terurus dan lemah dari kebiasaannya. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

BACA: Kucing Kencing Merata, Mencakar Bukan Sekadar Tanda Cemburu, Ini Mungkin Puncanya

8. Nafas Tak Teratur

Pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari. Kucing akan keluarkan lidahnya dan mulut terbuka seolah-olah ia sukar untuk bernafas.

9. Hilang Tanpa Dikesan

Ada juga sesetengah kucing yang pergi dan hilang tanpa dikesan, yang paling sedih tu kalau jumpa jasad yang sudah tidak bernyawa. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia mati.

Jika anda suka dengan artikel berkaitan kucing peliharaan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 2 =