Inilah Perbezaan Susu Foremilk dan Hindmilk

Bila bercakap soal ‘breastfeeding’, mungkin ramai dalam kalangan ibu yang bertanyakan mengenai ‘foremilk’ dan ‘hindmilk’.

Ada yang masih keliru kenapa susu badan agak cair pada permulaan penyusuan dan lama kelamaan susu badan akan menjadi lebih pekat. Haa, jom kita baca penjelasan dari perkongsian ini mengenai perbezaan susu foremilk dan hindmilk. Jangan risau, tak ada masalah kesihatan pun ya!

MILKBOOSTER? MEANS BOLEH PEKATKAN SUSU LA KAN?

Ramai betul mommy yang risau susu cair kan? Takut anak tak cukup susu, tak kenyang, etc. Sebenarnya nothing to worry, memang susu ibu terdiri dari “Foremilk” (susu awal) dan “Hindmilk” (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh anak kita.

susu foremilk, susu hindmilk, susu breastfeeding, breastfeeding, perbezaan foremilk hindmilk

1. FOREMILK

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan dan memang cair. Mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi. Bayi pun reti dahaga.

BACA JUGA: Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Susu Anak

2. HINDMILK

Selepas tu baru baby akan dapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat dan lebih berkrim. “Hindmilk” mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. “Hindmilk” boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Bagi mommy yang (sore nipple) Kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), susu ini lebih melembapkan serta dapat melegakan kesakitan pada puting susu ibu.

DUA-DUA JENIS SUSU INI PENTING

Kedua jenis susu ni penting, “Foremilk” yang menghilangkan dahaga dan “Hindmilk” yang mengenyangkan. Sebab tu nak menyusu pun kena ada ilmu, kena pi kelas, bukan menyusu semata-mata. Ilmu penting, pi skali pun boleh guna sampai anak ke-15. Serious, tak rugi.

Dan kepekatan pun bergantung pada cuaca, kalau sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, khasiat yang banyak serta lebih kenyang di waktu sejuk. Bila musim panas atau kering, susu ibu akan menjadi lebih cair dan mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga dan mencegah dehidratan semasa cuaca panas. SubhanaAllah, hebat sungguh kan?

Sumber: Adila Norliz Zaini

BACA JUGA: Buat Sendiri Milk Booster Guna 3 Bahan Ini

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − nine =