Ini Fakta kenapa Span Basuh Pinggan Lebih Kotor daripada Tandas

Anda tahu kan sekeliling kita ini penuh dengan makhluk halus? Yang dimaksudkan ini bukanlah makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi mikroorganisma.

Kita tahu mikroorganisma ini wujud tapi kita tak nampak dengan mata kasar. Walaupun kita tak nampak, tak bermakna kita boleh ambil mudah. Tahukah anda, 10 benda ini kita guna setiap hari tapi ia penuh dengan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit sekiranya tidak dicuci dengan betul?

#1 Berus gigi

Sudah banyak penyelidikan yang dibuat berkenaan kontaminasi pada berus gigi. Tapi bagaimana cara yang betul untuk menyimpan atau mengurangkan jumlah mikrob berbahaya pada berus gigi?

#2 Tuala mandi

Kita cuci baju setiap hari tapi berapa kali kita tukar tuala mandi? Seminggu sekali? Atau guna sampai tuala bau kepam baru anda tukar? Tahukah anda, tuala mandi yang basah itu menyimpan segala macam mikroorganisma? Apatah lagi dengan keadaannya yang basah dan lembap. Seronok segala bakteria tu beranak-pinak.

Menurut Profesor Marilyn C. Roberts dari University of Washington, anda harus menukar tuala seelok-eloknya selepas tiga kali digunakan. Paling maksimum pun selepas empat ke lima hari. Jangan guna lama-lama!

#3 Sarung bantal dan cadar

berapa kerap anda tukar cadar dan sarung bantal

Tukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali. “Kenapa?” anda tanya. “Bukannya kotor sangat.”

Anda berpeluh, muka dan badan berminyak-minyak, bawa masuk kotoran dari luar, kemudian anda bersenggama bersama pasangan, lepas tu kadangkala anak terkencing ke apa. Kalau anda ada luka dan tidur atas cadar yang penuh dengan bakteria ini, anda pasti akan dapat jangkitan kuman.

Selain itu, sel-sel kulit mati anda yang melekat pada sarung bantal dan cadar menjadi makanan kepada hama dan boleh menyebabkan sesak nafas kepada orang yang ada penyakit asma.

Macam tu pun tak kotor lagi? Baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang risiko tidak menukar cadar dan sarung bantal.

#4 Tuala tangan / tuala dapur

tuala dapur perlu dicuci dengan kerap

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Arizona, Amerika Syarikat, mereka menjumpai coliform (bakteria daripada najis manusia) dan E.coli yang boleh menyebabkan penyakit.

Tuala ini lebih kerap digunakan kerana anda mengelap tangan setiap kali selepas dibasuh. Selain itu, anda mungkin juga menggunakan tuala ini untuk memegang periuk dan peralatan dapur. Jadi, sisa makanan yang terlekat boleh membiakkan bakteria.

Pastikan anda menukar tuala tangan ini setiap 1-2 hari ya. Basuh kerap-kerap pun tak apa, untuk keselamatan anda juga.

#5 Papan pemotong

papan pemotong banyak sisa makanan dan menjadi tempat pembiakan kuman bakteria

Pencemaran silang (cross contamination) boleh berlaku apabila bakteria daripada peralatan yang anda gunakan seperti papan pemotong disebarkan kepada makanan. Untuk memastikan papan pemotong anda sentiasa dalam keadaan bersih, ikuti kaedah berikut:

  • Elakkan menggunakan papan pemotong yang sama untuk sayur/buah dan bahan mentah seperti daging, ikan dan ayam.
  • Cuci terus dengan air dan sabun selepas digunakan. Gantung di tempat terbuka untuk papan kering dengan sendiri.
  • Elakkan merendam papan pemotong kerana patogen akan tersebar di dalam air.
  • Gunakan larutan cuka atau hydrogen peroxide untuk membasmi kuman pada papan pemotong.
  • Buang sahaja papan pemotong yang sudah terlalu banyak bercalar, retak atau bertukar warna.
  • Gantikan papan pemotong setiap 12 bulan.

#6 Span basuh pinggan

span basuh pinggan lagi kotor daripada lidah anjing dan tangan yang belum dibasuh

Tahukah anda, benda paling kotor dalam rumah ialah span basuh pinggan? Kajian telah membuktikan bahawa span basuh pinggan ini sebenarnya 200,000 kali lagi kotor daripada tempat duduk tandas.

Menurut Prof. Hugh Pennington dari Agensi Perlindungan Kesihatan UK, span membasuh pinggan juga mengandungi bakteria yang digelar campylobacter. Bakteria ini yang datangnya daripada sisa ayam menyebabkan sindrom Guillain-Barre sehingga boleh mengakibatkan paralisis.

Jadi sentiasa keringkan dengan menggantung span/jaring membasuh pinggan anda selepas digunakan. Gantikan span baru setiap sebulan sekali.

#7 Kasut

kasut berbau kasut kotor penuh bakteria membiak

Kita di Malaysia beruntung kerana budaya negara kita menganjurkan supaya membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Kasut merupakan salah satu benda yang kotor dan menjijikkan kerana ia mengandungi bakteria-bakteria berbahaya seperti E.Coli,Kiebsiella pneumoniae yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing dan Serratia ficaria yang mengakibatkan jangkitan respiratori.

Kalau anda simpan kasut dalam rumah, hati-hati ya! Kalau boleh cucilah lebih kerap. Kaki anda pun kurang berbau.

#8 Tikar yoga / fitness

Anda selalu ke gym dan menggunakan tikar yoga yang disediakan? Maka anda terdedah kepada risiko mendapat penyakit kaki atlet, jangkitan staph, ketuat dan cirit-birit. Ini kerana seringkali tikar yoga terus digulung selepas digunakan. Bayangkanlah segala peluh yang menitik dan melekat di situ. Bagaikan syurga bagi bakteria!

Kalau boleh, bawahlah tikar sendiri untuk digunakan. Tapi bagaimana cara yang betul menjaga tikar yoga anda? Anda boleh buat sendiri larutan cuka dan air dengan nisbah 1:1. Sembur ke permukaan tikar, lap dan gantungkan di tempat yang redup dan terlindung daripada matahari untuk dibiarkan kering. Anda boleh juga menambah sedikit esen wangian seperti lavender untuk menghilangkan bau.

#9 Beg tangan dan dompet

ujikaji ke atas beg tangan handbag mendapati ia lebih kotor daripada tandas duduk

Kajian yang dijalankan pada tahun 2015 ini mendapati beg dan dompet menjadi salah satu vektor pembawa penyakit kerana penuh dengan kuman dan bakteria.

Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Initial Washroom dengan kerjasama Good Morning Britain pula mendapati majoriti beg tangan yang dijadikan sampel mempunyai bacaan bakteria setinggi 1,000 manakala tandas duduk pula mempunyai bacaan purata serendah 150. Hehe, takut tak.

  • Cuci beg tangan anda seminggu sekali. Lap dan biar kering seketika sebelum digunakan.
  • Elakkan meletak beg tangan di atas meja makan, kaunter sinki atau tempat letak kaki dalam kereta. Seelok-eloknya beg digantung atau lapik terlebih dahulu sebelum meletakkan beg.

#10 Peralatan makeup

berus makeup kotor pernuh bakteria boleh membuatkan kulit dapat penyakit

Ujian yang dijalankan oleh Makmal BioCote UK mendapati berus dan span yang tidak dicuci mengandungi Staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan kulit seperti bisul dan cellulitis.

Menurut Bobbi Brown, anda perlu mencuci berus bedak asas dan concealer sekurang-kurangnya seminggu sekali. Berus yang digunakan untuk bahagian mata pula perlu dicuci 2 minggu sekali manakala berus-berus lain boleh dicuci sebulan sekali.

Anda rasa rumah anda dah cukup bersih? Fikir betul-betul.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment