Inilah Simptom Dan Rawatan Pemulihan Arthritis, Sakit Sendi & Otot

Terdapat 2 jenis sakit sendi (arthritis) kronik yang utama iaitu:

  1. OsteoArthritis – berkaitan kehausan sendi & tulang rawan
  2. Reumatoid arthritis– penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi.

Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat serangan sakit sendi akibat arthritis manakala lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout. Antara simptom penyakit sendi ialah:

  • Kesakitan melampau
  • Kejang sendi
  • Radang dan bengkak
  • Kemerahan
  • Sukar bergerak

Selalunya simptom-simptom tersebut sangat berkait rapat dengan penyakit arthritis yang semakin menular di kalangan penduduk Malaysia. Antara faktor yang meningkatkan risiko serangan arthritis ialah:

  • Keturunan
  • Peningkatan usia
  • Masalah kecederaan lama
  • Berat badan berlebihan

Penyakit arthritis boleh dirawat dan dipulihkan dengan ubat-ubat berikut, mengikut keserasian masing-masing:

1. Marine Collagen peptide
Ia berfungsi untuk memperbaiki struktur sendi dan membina semula rawan, tendon dan ligamen yang telah rosak akibat penuaan dan kecederaan. Dengan kadar penyerapan sehingga 95%, ia mempercepatkan proses pemulihan sendi.

2. Asid Pantotenik atau Vitamin B5
Vitamin B5 dalam Royal Jelly mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Ia juga meningkatkan penghasilan acetylcholine yang merangsang gerakan otot dan deria rasa.

3. Glycosaminoglycan
Glycosaminoglycan iaitu sejenis asid amino dari ekstrak sarang burung berfungsi untuk membina dan membentuk semula rawan sendi yang telah rosak.

4. Vitamin C
Vitamin C mempunyai kebolehserapan tinggi yang dapat melancarkan penghasilan kolagen. Ia juga berfungsi menyingkirkan asid laktik yang menyebabkan rasa sengal pada otot selepas melakukan kerja berat.

5. Fosfolipid
Fosfolipid yang terdapat dalam Royal Jelly mampu menurunkan paras kolesterol, membersihkan salur darah dari plak, melancarkan pengaliran darah seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen ke anggota tubuh bagi mengurangkan kesakitan dan kejang sendi.

6. Hormon Steroid Semulajadi
Fosfolipid juga bertindakbalas dengan DHA dan EPA dalam tubuh bagi menghasilkan sejenis sebatian yang mampu berfungsi seolah-seolah hormone steroid dalam tubuh bagi mengurangkan keradangan sel dan juga bertindak seperti ubat penahan sakit.

7. 10-HDA (Hydroxy Acid)
Royal Jelly satu-satunya makanan tambahan yang membekalkan asid lemak 10-HDA (Hydroxy Acid) yang dapat merawat, melindungi dan merangsang stem sel saraf serta neuron. Stem sel berfungsi melindungi dan melancarkan fungsi sistem saraf pusat yang berkait rapat dengan sistem imun tubuh.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 3 =