Inilah Sihir Pemisah Yang Paling Ditakuti Oleh Pasangan Suami Isteri

Sihir pemisah adalah sihir yang paling ditakuti pasangan suami isteri. Sihir ini adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri.

Sihir ini digunakan sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai. Sihir ini bukan satu perkara yang baru berlaku dalam masyarakat kita, tetapi sudah lama.

Ada antara pasangan suami isteri yang tidak tahu mereka terkena sihir pemisah mengambil jalan untuk bercerai. Penceraian pasangan ini akan membuatkan pihak yang melakukan ilmu hitam ini seronok dan gembira.

Menurut pendakwah bebas, Muhammad Khairul Azhar Ghazaliatau lebih dikenali Imam Muda Azhar, sihir itu hanya akan terlerai apabila pasangan tersebut berpisah meskipun saling menyayangi.

“Sihir pemisah dan pembenci ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi dapat bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan perpisahan.

“Kadangkala perasaan hasad terhadap kebahagiaan orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai kepuasan hati untuk melihat orang lain menderita,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar memberitahu bahawa amalan sihir ini adalah haram kerana menggunakan unsur syirik iaitu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan dan selain daripada Allah.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” – Riwayat Bukhari (2766)

“Malah, bagi mereka yang melakukan sihir, dikatakan sudah terkeluar daripada agama Islam iaitu riddah (murtad) kerana amalan itu adalah bertentangan dengan syariat Islam.

“Manakala, bagi mereka yang mendapat khidmat sihir pula dikira kufur dan tidak diterima amalan oleh Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” – Riwayat Muslim (5957),” jelasnya.

Azhar berkata, amalan sihir yang digunakan oleh pihak ketiga itu terhadap rumahtangga adalah seperti sihir pemisah, sihir pembenci, dan sihir pemati untuk membuatkan pasangan berpisah.

“Bagi mengetahui sama ada pasangan ini terkena sihir atau tidak adalah dengan cara berjumpa ustaz atau pakar perubatan Islam yang dipercayai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Sebagai umat Islam kita tidak boleh melakukan perbuatan khurafat ini. Tetapi, jika pasangan yang terkena sihir ini boleh melihat beberapa tanda menunjukkan rumahtangga anda telah terkena sihir pemisah.sihir pemisah, sihir pemisah suami isteri, penceraian suami isteri, isteri minta cerai, suami ceraikan isteri

7 TANDA RUMAH TANGGA ANDA MUNGKIN ANDA GANGGUAN SIHIR PEMISAH

1. Benci

Rumahtangga yang bahagia secara tiba-tiba bertukar rasa benci tanpa ada sebab-sebab yang jelas. Ia berlaku pada salah seorang pasangan atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Sering berlaku perselisihan faham dan bergaduh suami isteri tanpa sebab, atau hanya sebab-sebab kecil. Ini menyebabkan suasana keluarga tegang dan kucar kacir.

3. Was-was

Setiap kali mahu melakukan apa sahaja rasa was-was. Ia membuatkan isteri takut untuk mendekati suami kerana terasa suami hendak menganiaya isteri.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu yang tidak bertempat membuatkan pasangan rasa berang dan syak diri telah diduakan, padahal pasangan tidak berbuat begitu. Disebabkan rasa cemburu ini pasangan enggan duduk berhampiran, dan enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Setiap hari hati sentiasa rasa gelisah dan tidak tenang. Rasa sakit kepala dan buntu bila pasangan ada bersama dan berasa lega apabila pasangan keluar dari rumah dan tidak berada di sampingnya.

6. Berubah rupa

Perubahan rupa ini dapat dilihat pada pandangan mata. Pasangan akan mula melihat pasangan mereka dengan rupa yang menakutkan atau hodoh. Apa saja yang cuba dilakukan pasangan ada sahaja yang tidak kena.

BACA JUGA: Kongsikan Doa Untuk Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri )

7 Minta cerai

Jiwa suami rasa mahu menceraikan isteri tanpa sebab dan ada bisikan menyuruh suami lafazkan cerai, padahal langsung tidak berhasrat mahu ceraikan isteri.

Malah, isteri juga tanpa sebab munasabah meminta cerai pada suami dan mencabar suami menceraikannya.

Itu antara tanda-tanda yang boleh dilihat jika rumahtangga yang dibina terkena sihir pemisah. Tetapi, jangan terlalu taksub dan percaya sedangkan rumahtangga yang dibina hanya berlaku pergaduhan biasa dirasakan terkena sihir pemisah.

Apapun, dinasihatkan jangan terlalu berkongsi kebahagian suami isteri di media sosial dibimbangi ada orang lain yang berdendam dan tidak suka melihat kebahagian rumahtangga anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + 5 =