Sering Gatal Di Bahagian Kemaluan? Anda Mungkin Berisiko Hidap Penyakit Kulit Kronik

Penyakit kulit membuatkan pengidap merasa sangat tidak selesa dan menderita. Ia berpunca dari bakteria, alergi, kulat ataupun virus yang menyerang manusia.

Mungkin ramai yang mengganggap penyakit kulit tidak berbahaya hingga boleh menyebabkan maut. Sebenarnya penyakit kulit terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mudah sembuh dan sukar untuk sembuh (kronik) hingga boleh menyebabkan kematian.

Memetik laporan Utusan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2016, penghidap penyakit folikel kulit kronik, Hidradenitis Suppurativa (HS) di negara ini dikhuatiri meningkat setelah 300,000 orang terdiri golongan muda dilaporkan menghidap penyakit itu sejak 2009 sehingga kini.

Ketua Perkhidmatan Dermatologi Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Asmah Johar berkata, ini sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap penyakit itu di seluruh dunia daripada 230 juta kepada 440 juta menjelang 2030.

Jelas beliau, penyakit HS iaitu ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan di permukaan kulit di bahagian ketiak, celah kangkang dan kawasan kemaluan adalah sesuatu yang membimbangkan meskipun penyakit itu tidak akan berjangkit melalui sentuhan.

“Penyakit ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, menghadapi tekanan emosi dan berlaku perubahan hormon ketika datang haid, serta persekitaran cuaca yang panas dan lembap.

“Apabila keadaan ini berlaku, pasti menjadi sangat menyakit-kan. Benjolan boleh pecah, menyebabkan darah bercampur nanah akan keluar mengalir tanpa henti dan apabila penyakit ini sembuh, parut tebal dan berlapis-lapis seperti terowong di bawah kulit akan terbentuk.

“Penghidap HS, boleh menghidap penyakit ini bertahun-tahun lamanya, dan kadang kala akan ‘senyap’ seketika, tetapi menjadi aktif semula secara tiba-tiba,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Kesedaran Hidradenitis Suppurativa di sini semalam.

Menurut Asmah, penyakit ini kurang diketahui kerana pesakit malu untuk berjumpa doktor kerana HS sering berlaku di kawasan kulit di bahagian sulit dan sensitif.

“Ramai dalam kalangan doktor juga tidak dapat mengenal pasti penyakit ini kerana kurang pendedahan pada masa pengajian kedoktoran. Kadang kala, pesakit sudah berjumpa ramai doktor, tapi masih tidak dapat memberi diagnosis tepat sehingga beberapa tahun, mengakibatkan penyakit itu bertambah teruk kerana tidak mendapat rawatan berkesan,” katanya.

Sementara itu, menurut Henry, setakat ini, tiada sebarang ubat khusus mengubati penyakit itu tetapi beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi mengawal penyakit berkenaan pada peringkat awal.

“Penyakit ini lama-kelamaan akan menjadi tidak aktif dengan sendiri apabila umur meningkat ke 40-an dan putus haid bagi wanita.

“Ubat-ubatan seperti antibiotik, retinoids dan biologikal adalah rawatan yang biasa digunakan untuk rawatan HS. Jika bisul dan terowong bernanah itu berulang-ulang pada tempat yang sama, pembedahan kulit akan dilakukan,” katanya.

Jika anda ada ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan terutamanya dibahagian kemaluan, janganlah malu dan sila segera ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Mana tahu jika dibiarkan anda mungkin telah menghidap penyakit kulit kronik. Apapun, jagalah kebersihan kerana mencegah lebih baik dari mengubat.

Sumber – utusan.com.my

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 + thirteen =