Semak 18 Perkara Ini Sebelum Beli Rumah Teres

Sebelum membeli rumah, kita perlu melihat pada beberapa perkara penting agar tidak menyesal selepas membeli hartanah tersebut. Penilaian awal ini amat penting, jika tidak diambil kira kelak ia akan membuatkan anda terasa ingin menjualnya semula dan mencari rumah yang lain. Pada ketika itu, mungkin harga rumah sudah melambung naik. Nak beli rumah baru, belum tentu diluluskan.

Jadi, baca beberapa pandauan membeli rumah teres yang dikongsikan oleh pakar hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad. Ianya percuma, tidak rugi untuk anda membaca perkongsian yang amat berfaedah ini.

1. Lihat orentasi matahari. Jika dapat, elakkan matahari petang menghadap ke bilik tidur utama kita.

2. Cuba datang melihat lokasi rumah pada waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar, lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.

3. Jika mahu selesa, sebaik-baiknya cucur atap biar memanjang ke hadapan rumah dan berupaya menghalang cahaya, silau dan hujan pada rumah.

4. Jika dapat, cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, yang saliran airnya bukan bergantung 100% dari saluran paip utama.

5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10′ kaki. Bila pasang kipas, tak adalah terputus jari.

6. Sebaiknya kediaman yang ada tiga bilik dan dua bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik.

7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini adalah ruang aurat bagi wanita. Sebaiknya di bahagian belakang, bukan depan rumah kita.

8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama. Takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi?

9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita, bukan air hujan turun di tengah (bumbung bentuk rama-rama).

10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujan tak masuk dan silau ke dalam rumah. Lagi panjang lagi bagus.

11. Jika dapat, pilih rumah yang dibuat menggunakan bata merah, bukannya bata simen.

12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik, guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.

13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.

14. Jika ada duit lebih, belilah corner lot. Jika nak jual balik, ianya laku keras.

15. Pastikan depan rumah kita lapang, bukannya jalan utama agar tidak berbahaya untuk anak bermain. Jika di depan rumah adalah padang, itu lebih baik.

16. Elakkan unit di persimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.

17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari di simpan di dalam dinding rumah kita.

18. Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang anugerah dan tiada masalah kualiti.

Sebab itu gegadis suka lelaki matang dan berpengalaman rupanya. Kita tidak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap, nak menangis pun tak ada gunanya lagi. Design yang baik itu sempurna, kita tidak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi, dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita membeli.

Ingin mengetahui lebih banyak tips memilih dan membeli rumah yang sesuai? Sila layari laman Facebook Dr Azizul Azli Ahmad. Segalanya ada di sana dan anda cuma perlu rajin scroll setiap status yang dimuat naik oleh beliau.

Sumber: The Reporter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment