Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online

Bermula pada April 2017 , Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik ( AWAS ) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya ( KEJARA ) telah dilaksanakan.

AES yang dijenamakan semula kepada AWAS kini sedang giat dijalankan pemasangan kamera ditempat – tempat lokasi yang sering berlakunya kemalangan jalan raya.

“Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran, kompaun, digantung lesen dan akhirnya disenarai hitam akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.”

check saman aes,kompaun saman trafik 2017,saman aes 2017,semak saman aes 2017,semak saman aes,cek saman aes,kadar saman trafik 2017,harga saman trafik 2017,cek saman,semak saman

SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA (KEJARA)

Pengenalan

Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:

  • Penalti diselesaikan dengan membayar kompaun
  • Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah

Gantung Batal Lesen Memandu

Proses gantung batal lesen memandu adalah seperti berikut:

Kali pertama 20 mata atau lebih

Amaran:

  • Lebihan mata bawa ke hadapan
  • Kali kedua 20 mata atau lebih

Gantung tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan

  • Kursus pemulihan ditawarkan bagi mengurangkan tempoh penggantungan.
  • Lebihan mata dihapuskan
  • Kali ketiga 20 mata atau lebih

Gantung tidak kurang dari dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan
Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya lesen memandu telah digantung sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun

Insentif Berkelakuan Baik

a. Mana-mana individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun, maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan.

b. Mata demerit akan dihapuskan sekiranya tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online. Makluman kepada pengguna jalan raya, kini anda boleh membuat semakan saman secara atas talian dan SMS. Berikut adalah Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online di Malaysia dengan mudah dan pantas.

 

Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online

check saman aes,kompaun saman trafik 2017,saman aes 2017,semak saman aes 2017,semak saman aes,cek saman aes,kadar saman trafik 2017,harga saman trafik 2017,cek saman,semak saman

Berikut beberapa Cara Menyemak Saman di atas talian dengan mudah dan pantas :

A. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
  • Untuk yang sudah mendaftar – boleh login di SSO RMP
  • Untuk belum mendaftar sila daftar di Register

B. Semak Saman Online JPJ Melalui Portal Rasmi JPJ

Laman semakan JPJ membolehkan anda menyemak saman online tanpa perlu register terlebih dahulu . Namun ia hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

  • Layari laman Semakan Saman JPJ di SEMAKAN SAMAN
  • Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian samada NOMBOR ID SAHAJA atau NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
  • Pilih Kategori ID.
  • Isikan No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
  • Akhir sekali klik butang “Semak”. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.

C. MyEG Services

Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Layari MyEG Services
  • Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  • Login menggunakan nama dan kata laluan.
  • Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  • Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan membayar saman kenderaan anda.
  • MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.

Cara Semak Saman PDRM AES JPJ SMS

Berikut beberapa Cara Menyemak Saman menggunakan perkhidmatan SMS di telefon bimbit anda :

A. Semak Saman PDRM / TRAFIK melalui SMS

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan]<jarak>[Email] dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
  • Contoh:

B. Semak Saman JPJ melalui SMS

  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Kenderaan] dan hantarkan SMS ke 15888.
    • Contoh: JPJ SAMAN 881111122111 atau JPJ SAMAN WE1234A

Semoga Cara Semak Saman PDRM AES JPJ Online ini bermanfaat kepada anda untuk membuat bayaran saman yang dikenakan kepada anda. Ikutlah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 + 5 =