Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap!

Emm, enaknya sardin! Lebih enak jika ia dipelbagaikan cara masakannya. Lazimnya ia dimasak sambal. Apa kata kali ini sardin ini dimasak ala nogori iaitu masak lemak cili padi.

Tambahkan dengan sayuran kegemaran anda seperti tomato, kentang dan juga kacang panjang (opsyenal). Boleh juga ditambah dengan suhun! Memang menjadi! Jom cuba…

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 10 biji buah belimbing besi
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi
  • 2 cm kunyit (ditumbuk)resepi sardin tin, sardin tin masak lemak cili padi, masak lemak cili padi, sardin tin

Opsyenal:

  • Kentang
  • Suhun

Cara-caranya:

  1. Masukkan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
  2. Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
  3. Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
  4. Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman

Selamat Mencuba dan menjamu selera!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment