Risau Batuk Sebab Makan Buah Rambutan, Ini Cara Terbaik Elakkannya!

Kalau nak elakkan panas badan selepas makan buah durian, orang tua-tua selalu pesan supaya minum dalam pangsanya. Namun berbeza pula dengan buah yang paling manis lagi merah meranum ini, iaitu buah rambutan.

Ramai orang takut nak ambil buah rambutan berlebih-lebihan, bimbang masalah batuk. Bagi yang takut dan khuatir batuk berpanjangan, apa kata cuba cara yang dikongsikan wanita ini di facebooknya.

Menurut Muna Masrur, petua ini memang mujarab. Jadi penggemar buah rambutan jangan lupa cuba petua ini.

 

Hidup dah lebih 20 tahun, baru tau rambutan ada banyak jenis keturunan. Yang ku tahu rambutan merah, rambutan kuning saja.

Baru baru ni mak sedara bagi rambutan nama nasab keturunannya, rambutan gula batu. Warnanya merah pekat ala maroon, buahnya manis ya amat. Isi dan biji tak lekat bila dimakan.

Aku mula takut nak makan. Takut batuk-batuk. Maklumlah baru saja baik dari batuk dan selsema. Orang tua tu paksa juga aku cuba.

makan rambutan batuk, rambutan punca batuk, batuk kerana rambutan, cara makan rambutan, petua makan rambutan

Kata dia, “alah kau jangan takut la makan rambutan ni. Petua tak nak batuk, kau kopek dulu buah ni, lepas tu kau basuh dengan garam. Garam halus. Basuh lama-lama sikit. Lepas tu boleh la makan. Tak habis makan, simpan dalam tupperware. Letak peti sejuk.

Di rumah aku cuba lah petua ni. Alahai memang sedap manis, terasa sampai ke anak tekak. Isi dia tak buat gigiku menyelit. Isinya padat. Terasa ranggup bila dikunyah.

Entah kebetulan atau petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perut. Alhamdulillah

Ok. Sekian petua nak elak batuk makan rambutan. Boleh la akak-akak cuba.

Kredit: Multi Siahaan.makan rambutan batuk, rambutan punca batuk, batuk kerana rambutan, cara makan rambutan, petua makan rambutan

Caranya:
1. Kopek buah dan asingkan isinya.

2. Basuh buah rambutan dengan garam halus dan biarkan direndam sekejap.

3. Bolehlah dimakan seperti biasa.

BACA JUGA: Petua Air Kelapa Muda Supaya Tanaman Cepat Berbuah

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen − one =