Putih Telur Dan Kentang Untuk Rawat Kecederaan Akibat Melecur

Bila sedang memasak di dapur, terkena percikan minyak adalah perkara yang biasa ketika memasak. Untuk mengurangkan rasa sakit tadi, biasanya kita akan meletakkan air sejuk di bahagian anggota badan yang terkena percikan tadi. Malah ada juga yang meletakkan ubat gigi pada bahagian anggota badan yang melecur tadi kan.

Tahukah anda, sebenarnya putih telur dapat meredakan kecederaan anggota badan yang melecur. Caranya ialah anda perlu mengasingkan putih telur dan sapu pada bahagian anggota tubuh badan yang melecur. Biarkan selama sejam atau sehingga ia mengeras. Langkah terakhir ialah bilas dengan air biasa.

Jika masih rasa sakit lagi, ulang langkah tadi sehingga kecederaan anda beransur pulih. Bukan itu sahaja, kentang juga dapat digunakan untuk merawat kecederaan akibat melecur. Caranya ialah kupas kulit kentang tersebut dan cuci sehingga bersih. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian lalu sapukan pada bahagian yang melecur tadi sebelum dicuci hingga bersih.

rawatan melecur, rawat melecur, melecur semasa memasak, minyak panas merecik, kena minyak panas, kena air panas

Namun jika kecederaan anda semakin serius, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 − 3 =