Ramai Pasangan Gemuk Lepas Kahwin, Salah Siapa?

Lepas kahwin je gemuk. Tak kira la lelaki atau perempuan. Majoriti mereka yang dah berkahwin akan mengalami perubahan berat badan. Kebiasaannya berat badan akan bertambah, jarang kita dengar berat badan menurun selepas berkahwin. Kecuali kalau perkahwinan tu ada masalah.

Lepas sebulan dua kerja, kawan ofis mula tegur tentang berat badan. Masa tu mula la gelabah. Cari segala mak datuk petua semata-mata nak kurus kurus. Hari-hari buat menu diet. Tetapi sebenarnya siapa yang salah dalam hal ini? Suami, Isteri atau perkahwinan itu sendiri yang salah?

Jom kita ikuti huraian daripada Coach Syai Aizat tentang masalah gemuk selepas kahwin.

Selalu kita lihat orang naik berat badan selepas berkahwin. Kenapa jadi macam tu? Adakah itu side effect kahwin?

Okay biar Syai share sikit. Sebenarnya kahwin tidak salah dan bukanlah penyebab anda naik berat badan dan ada yang kata mungkin kesan daripada “hubungan suami isteri” yang menyebabkan perempuan naik berat badan.

Sebenarnya ia adalah tidak benar. Cuba anda semak semula aktiviti anda seharian selepas kahwin. Apa perbezaan sebelum kahwin dan selepas kahwin?

Selalunya orang selepas kahwin dia akan ada satu cabaran baru iaitu:

‘Rasa Bebas Pemakanan Selepas Dah Ade Suami’

1. Aku dah ada suami yeeah! So masa ni aku nak makan segala-galanya sebab aku dah ade suami. Dulu tak ada suami kenalah jaga body sikit.

2. Selepas kahwin adalah satu perkara yang paling sweet bila makan sama sama.

Ya makan sama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan.

3. Makanan anak makanan mak, makanan mak makanan mak juga.

Okay ni adalah satu lagi cabaran untuk sorang yang sudah berkeluarga. Sebab kebanyakkan makananan anak tak habis so terpaksa la si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka.

So kesimpulan kat sini yang saya cuba sampaikan adalah apa yang menyebabkan anda naik berat badan selepas kahwin adalah akibat daripada pemakanan anda yang tidak betul bukan la side effect selepas kahwin. Sekiranya anda masih kekalkan habit menjaga kesihatan selepas kahwin anda pasti tidak akan naik berat badan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve + four =