Terlalu Menjaga Kebersihan Punca Imunisasi Anak Lemah

Sekumpulan profesor dalam satu kajian yang dijalankan memberitahu, tindakan memakan makanan yang jatuh ke atas lantai oleh kanak-kanak sebenarnya baik untuk membantu membina sistem imunisasi si kecil dengan lebih baik.

Menurut Prof. Jack Gilbert dari Universiti Gothenburg, Sweden yang juga merupakan penulis buku memberitahu, ibu bapa yang terlalu mementingkan kebersihan dalam gaya hidup anak mereka sebenarnya melemahkan sistem pertahanan dalam tubuh kanak-kanak terbabit.

“Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa semua kuman itu tidak sihat dan ternyata ia tidak benar,” ujar Gilbert.anak imunisasi lemah, punca imunisasi anak lemah, mudah sakit, anak mudah sakit,

Tambahnya lagi, memakan makanan yang jatuh ke lantai serta membiarkan anak-anak bermain dengan tanah sebenarnya membantu merangsang sistem kekebalan tubuh badan mereka dan menjadikan kanak-kanak itu lebih kuat.

Dalam kajian tersebut, Gilbert memberitahu, walaupun rumah seseorang itu dijaga kebersihannya seperti sebuah hospital, ia sebenarnya menyebabkan kanak-kanak mengalami sistem imunisasi yang sangat sensitif dan cenderung untuk mendapat asma serta masalah perkembangan neuroderma.

Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Anak Kurang Selera Makan? Boleh Cuba Himalayan Bonnisan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment