MSG Petua Pokok Berbunga Lebat,Tanaman Membesar Sehingga Tiga Kali Ganda!

Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalahnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima.

Tapi di sini bukanlah saya nak bercerita tentang kesedapan perasa MSG. Masih tertakluk kepada cerita tanaman. Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘booster‘ kesuburan pokok selepas baja.

Cuma ada satu isu berkenaan MSG yang berlegar di ruang Internet yang perlu kita ketahui.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

petua pokok bunga berbunga lebat, cara buat pokok berbunga lebat, cara buat pokok tanaman membesar, MSG pokok cepat besar, MSG pokok berbunga lebat

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.

Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dengan MSG.

Menurut netizen (pengguna Internet) apabila pokok disembur MSG, akan menghasilkan kesan yang bagus. Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya. Kesan sama dengan AuxiGro.

Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.

Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.

Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.

Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.

Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!

KAEDAH PERTAMA:

Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

KAEDAH KEDUA

Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)

Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :

Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.

Kekerapan :

Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.

BACA JUGA: Petua Air Kelapa Muda Supaya Tanaman Cepat Berbuah

Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

petua pokok bunga berbunga lebat, cara buat pokok berbunga lebat, cara buat pokok tanaman membesar, MSG pokok cepat besar, MSG pokok berbunga lebat

Kesan Buruk MSG Pada Manusia?

Namun begitu, MSG seperti makanan tetap ada isu apabila disembur pada tumbuhan. Jika ditelusuri isu ini, banyak telah dibahaskan di dunia Amerika. Isu ini dibangkitkan oleh kempen ‘Truth In Labelling’.

Persoalannya, apakah salah guna asid glumatik pada tumbuhan? Bukankah asid glutamik ini sejenis asid amino yang juga boleh dijumpai dalam protein? Ini antara jawapan yang dijumpai di website ‘Truth In Labelling‘.

1. Dalam protein, asid amino berada dalam keadaan seimbang. Apabila disembur asid glutamik bebas menyebabkan ketidakseimbangan asid amino dalam tanaman.

2. Yang disembur bukanlah asid glutamik yang dijumpai di dalam protein tetapi produk sintetik (buatan). Selain daripada ‘asid glutamik bebas’ atau ‘asid glutamik-L’ terdapat juga asid glutamik-D, asid pairoglutamik, dan pelbagai bahan kimia lain dilabelkan sebagai ‘pencemar’ oleh industri. Penghasilan asid glutamik bebas di dalam MSG melalui proses kilang yang banyak. Ini berbeza dangan asid glutamik bebas yang dijumpai secara semula jadi di dalam protein yang tiada langsung kandungan tercemar.

3. Sehingga sekarang tiada siapa tahu kesan panjang penyemburan asid glutamik bebas pada tanaman.
4. Penyerapan MSG oleh tumbuhan tak dapat disangkal lagi. Jika tidak masakan tumbuhan boleh membesar dua tiga kali ganda selepas disembur MSG.

5. Sisa lebihan semburan MSG pada tumbuhan tidak dikaji. Kita tidak tahu berapa banyak MSG yang masih kekal pada tanaman selepas disembur. Didapati hanya sedikit MSG dalam masakan sahaja sudah memberi kesan, inikan pula tumbuhan?

6. Asid glutamik bebas diketahui beracun pada sistem saraf. Namun tiada kajian bebas terhadap hawain berkaitan kesan memakan tanaman yang disembur MSG.

Oleh itu, lebih baik kita mengambil langkah selamat. Saya sarankan pekebun bandar untuk tidak menyembur atau menyiram air bancuhan ajinomoto pada tumbuhan yang kita makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Hanya sembur pada tanaman hiasan seperti bunga ros, adenium, ros jepun, bunga kertas dan lain-lain.

Lagipun kita ada alternatif lain untuk sembur baja seperti baja buah, baja belacan dan kompos. Pilih sahaja, kawan. Tepuk dada tanya selera.

Nota: Alamak!? Saya telah sembur MSG pada tanaman sayur dan buah saya. Macam mana ni? – Eh tak mengapa. Larutan Pak Aji tak memberi kesan mudarat jika termakan sekali dua. Hei, bukan ke saya nampak anda termakan maggi atau di kedai? 😉

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment