Petua Tentang Ikan Yang Wajib Surirumah Tahu

Zaman sekarang ni masih ramai lagi ke kaum wanita yang tidak tahu menyiang ikan? Boleh kenal jenis-jenis ikan ataupun bezakan mana ikan laut dengan ikan sungai? Pasti ramai anak-anak muda sekarang yang masih lagi tak ambil tahu tentang hal ini kan.

Walaupun dah pasang angan-angan dari awal bila besar nanti nak upah orang gaji je, sebagai seorang perempuan wajib tau ambil tahu tentang macam mana nak pilih ikan segar, pastikan ikan tidak berbau hanyir dan sebagainya.

Pada siapa-siapa yang masih tak tahu dan ingin belajar, disini ada beberapa petua untuk mengatasi semua masalah anda berkenaan dengan ikan.petua tentang ikan, resepi masakan ikan ,cara siang ikan, cara masak ikan, cara pilih ikan, cara pilih ikan segar, ikan laut, ikan sungai

Hilangkan Bau Hanyir Ikan

1. Gaulkan ikan yang telah siap disiang dengan 2 sudu cuka ataupun 2 sudu perahan limau dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
2. Ataupun boleh juga gaulkan ikan dengan air asam jawa kemudian cuci dengan air bersih selepas 10 minit.

3. Anda juga boleh gunakan air basuhan beras untuk mencuci ikan, rendam dengan air beras selama beberapa minit, kemudian cuci dengan air bersih.

Buang Sisik Ikan

Rendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sikik ikan di dalam air tadi dengan menggunakan pisau. Senangkan.

Ikan Tidak Melekat Semasa Goreng

Masukkan sekeping asam gelugor/asam keping ke dalam minyak goreng ikan. Biarkan minyak panas seketika dan masukkan ikan. Ikan anda tidak akan melekat dan cepat garing.

Ikan Garing Bila Digoreng

1. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit ke dalam minyak panas tadi. Goreng ikan seperti biasa.

2. Perapkan ikan bersama serbuk kunyit, sedikit garam dan beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar. Kemudian goreng seperti biasa.

Ikan Bakar Yang Sedap

Perapkan ikan dengan sedikit asam jawa dan air selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.

Segarkan Kembali Ikan Sejuk Beku

Rendam ikan sejuk beku itu di dalam susu segar selama 15 minit sebelum dimasak seperti biasa.

Ikan Segar Walaupun Simpan Lama

Siang semua ikan yag telah dibeli tadi tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam bekas ataupun plastik dan simpankan ke dalam peti sejuk. Ikan anda akan segar walaupun sudah beberapa minggu.

Telur Ikan Tak Pecah

Sebelum masaka masukkan telur ikan ke dalam beg plastik kemudian rebus selama 5 minit. Kemudia anda boleh masak seperti biasa dan telur ikan anda juga tidak akan pecah.

Mudah-mudahan dengan petua-petua ini kerja anda didapur juga akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Cara Simpan Ikan Supaya Kekal Segar Selama Berbulan-Bulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment