6 Cara Menghilangkan Jerawat Pasir Di Muka, Belum Ramai Tahu Boleh Buat Di Rumah Jer..

Jerawat pasir adalah jerawat bersaiz kecil dan halus yang biasanya tumbuh dengan begitu banyak di bahagian muka terutamanya di sekitar dahi dan pipi. Jerawat pasir akan membuatkan kulit muka kelihatan kasar dan agak kemerahan.

Kehadiran jerawat pasir pasti akan membuatkan kaum wanita resah dan gelisah. Almaklumlah bila sapu ‘foundation’ pun adakalanya kulit wajah masih kelihatan kasar.

jerawat pasir

Inilah 5 Punca Jerawat Pasir

1. Perubahan hormon.

  • Jerawat pasir yang kronik sering terjadi kepada remaja yang meningkat dewasa dan juga ibu hamil atau selepas mengandung.

2. Tekanan (stress)

  • Ada banyak research yang menghubungkan stress dengan jerawat. Perasan tak bila nak dekat exam je mesti keluar jerawat di dahi dan dagu?

3. Ubat-ubatan

  • Sesetengah jenis ubat mempunyai kesan sampingan dalam bentuk jerawat. Contoh yang popular adalah seperti beberapa jenis steroid.

4. Kebersihan

  • Tabiat tak mencuci rambut dan wajah boleh menyebabkan kotoran dan minyak berlebihan tersumbat di liang pori. Ini menyebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat!

5. Produk rambut

  • Terutamanya pada lelaki, jerawat di bahagian dahi adalah disebabkan oleh produk rambut seperti wax dan pomade. Apabila berpeluh, produk rambut ini akan cair dan meresap di dahi.

Terdapat pelbagai produk pencuci wajah dan krim yang dijual di pasaran yang boleh membantu menghilangkan jerawat pasir namun adakalanya salah memilih produk yang sesuai juga boleh menyebabkan kehadiran jerawat pasir bertambah banyak.

Selalunya penggunaan bahan-bahan semulajadi lebih selamat untuk kulit wajah. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa jenis bahan yang boleh anda cuba untuk membuat skrub muka yang akan membantu menghilangkan jerawat pasir.

6 Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka

1)Tepung Jagung & Teh Hijau – Kita pasti sudah sedia maklum tentang khasiat teh hijau untuk kesihatan kulit. Manakala tepung jagung pula dikatakan bagus untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan tepung jagung dan teh hijau akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan membuatkan wajah lebih bersih dan awet muda.

2) Oat & Yogurt – Oat atau bijirin gandum dikatakan dapat menanggalkan sel kulit mati dan mengatasi masalah jerawat. Manakala yogurt pula selain dapat melembutkan kulit wajah, ia juga dapat bertindak sebagai agen pemutih dan membuatkan kulit muka lebih sihat.

3) Serbuk Kopi & Lemon – Khasiat lemon selain dapat menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah, ia juga dapat memutihkan wajah. Gabungan serbuk kopi dan lemon akan menghasilkan skrub yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan jerawat pasir.

4) Gula Merah dan Bawang Putih Gunakan saja campuran bawang putih dan gula merah. Bawang putih memiliki kandungan antioksida yang dapat membunuh bakteri. Maka dari itu, bawang putih sangat sesuai digunakan untuk mengatasi jerawat pasir. Buat campuran bawang putih dan gula merah ini sebagai cairan untuk mengubati jerawat di wajah. Caranya, tumbuk bawang putih dan gula merah hingga halus. Setelah itu, campur sedikit air dan aduk hingga rata. Sapukan campuran bawang putih dan gula merah ke jerawat pasir. Biarkan hingga mengering dan segera cuci wajah anda hingga bersih.

5) Timun – Buah yang satu ini memang kerap kali digunakan sebagai masker wajah. Namun, nyatanya timun tidak hanya berfungsi untuk menyegarkan wajah sahaja, tetapi juga dapat digunakan untuk mengatasi jerawat pasir. Caranya, hiris mtimun tipis-tipis, lalu letakkan di bahagian wajah atau tubuh yang berjerawat. Timun mengandung zat khusus yang mampu diserap kulit untuk mengurangkan jerawat pasir atau jenis jerawat lainnya.

6) Jagung Tahukah anda bahawa jagung dapat dijadikan masker semulajadi untuk mengurangkan jerawat pasir? Syaratnya pun mudah, anda hanya perlu mencari jagung muda dan parut hingga halus. Kemudian, segera gunakan parutan jagung muda tersebut sebagai masker di wajah anda. Untuk memperoleh hasil yang lebih optimal, anda boleh menggunakan masker parutan jagung ini dua kali sehari.

Untuk anda yang tidak tahu cara membuat skrub untuk muka dan badan, di bawah ini kami kongsikan caranya. Selamat mencuba.

Pilih salah satu gabungan bahan yang kami kongsikan di atas itu. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi campuran yang kental. Setelah mendapat campuran seperti skrub, lumurkan ke seluruh bahagian kulit wajah dengan cara menggosoknya secara perlahan.

Teknik sebegini dapat menanggalkan sel kulit mati. Jangan gosok secara kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Selepas itu cuci wajah dengan air yang bersih dan lap perlahan dan lembut menggunakan tuala.

Jangan gunakan skrub secara kerap. Cukuplah seminggu atau dua minggu sekali. Jika artikel Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa SHARE ye.

Nota pasir berdengung : Apa pandangan anda? Kongsikan diruang komen fb atau blog. Sharekan petuaibu.com kepada rakan-rakan, moga kita beroleh kebajikan bersama berterusan 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 + 16 =