Petua Merawat Buasir Dengan Bawang Putih, Cara Mudah Untuk Dibuat Dan Berkesan!

Petua Merawat Buasir – Penyakit Buasir yang tidak segera diubati dikhuatiri akan menyebabkan gejala semakin teruk, di mana akan terdapat benjolan semakin membesar di dalam dubur. Jadi tunggu apalagi jika anda ada kenalan yang mengidap penyakit buasir, segeralah untuk di ubati.

Buasir adalah apabila berlaku pembengkakan pada bibir anus. Jika terlampau parah pembengkakan ini boleh menimbulkan pendarahan. Jika keadaan ini berterusan pesakit buasir akan banyak kehilangan darah sehingga boleh menyebabkan anemia.

Umumnya gejala yang dirasakan pertama kali adalah muncul bintil merah disekitar dubur, rasa perit dan pedih ketika selesai buang air besar, bahkan mengeluarkan lendir dan sakitnya boleh menjalar hingga ke punggung.

Untuk itu, jika mengalami gejala seperti itu perlu dilakukan rawatan secara intensif agar buasir cepat di atasi. Ada beberapa tumbuhan yang mujarab merawat buasir secara semulajadi. Salah satunya bawang putih.

merawat buasir

Ada baiknya sebelum di ubati menggunakan bawang putih, terlebih dahulu harus mengetahui punca mengapa buasir berlaku. Kerana dengan mengetahui penyebabnya lebih mudah menanganinya. Ada beberapa perkara yang membuat buasir datang menganggu kesihatan tubuh iaitu:

  • Terlampau lama duduk
  • Melakukan aktiviti dengan berjam-jam dalam posisi duduk membuat terjadi pelebaran pada dubur.
  • Kerana mengalami cirit-birit yang berpanjangan
  • Selalu buang air mengakibatkan kekurangan cecair dan berpengaruh pada dubur. Jika tidak ada lagi cecair yang di perlukan tubuh, pelincir yang berasal dari air dan serat yang di makan akan habis sehingga terlampau sering buang air besar membuat buasir akan keluar.
  • Sukar buang air besar setiap hari
  • Kerana sering mengalami sembelit sehingga sukar buang air besar.
  • Pola makan yang tidak sihat sehingga menyebabkan sembelit
  • Sering mengangkat benda yang berat.
  • Pekerja berat akan membuat bahagian duburnya akan terdorong keluar.

Merawat Buasir Secara Semulajadi Dengan Bawang Putih

Jika anda sudah mengetahui penyebabnya, anda baru boleh mengetahui cara mengubati buasir berdarah secara semulajadi dan boleh melakukan rawatan baik dari luar maupun dari dalam.

Untuk rawatan dari luar, anda boleh menggunakan bawang putih tersebut dengan cara di tumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air.

Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.

Apabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.

Dengan menggunakan tumbuhan seperti bawang putih merupakan salah satu cara terbaik untuk merawat buasir secara semulajadi. Namun jangan lupa meminum air putih 2 liter setiap hari. Kerana bawang putih dan air putih sangat besar pengaruhnya untuk mempercepatkan penyembuhan buasir. Bagi anda yang sedang menderita buasir masa ini, perlu mencuba resipi mujarab ini.

Bagaimana mengelak daripada terkena buasir?

1) Elakkan juga makanan yang berlemak kerana ia mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan berbanding makanan-makanan yang lain. Makanan yang berlemak sangat berisiko tinggi sehingga menyebabkan perut menjadi sakit, pedih ulu hati dan juga buasir.

2) Kurangkan makanan yang berminyak atau bergoreng seperti kentang dan ayam goreng, nuget dan makanan ringan.

3) Kurangkan penggunaan minyak dan mentega dalam masakan anda. Jika kerap menggunakan produk tenusu, sebaiknya anda memilih produk susu yang rendah lemak.

4) Makanan yang pedas

5) Perbanyakkan makanan tinggi serap, contohnya, sayur-sayuran, kekacang dan juga buah-buahan.

6) Minum air putih yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari.

Jika mengamalkan langkah ini setiap hari, anda mungkin tidak akan didatangi penyakit buasir dan hidup dengan lebih selesa, tanpa kesakitan dan tak perlu susah-susah merawat buasir!

Sebaik-baiknya elakkan makanan berikut:

  1. Roti putih
  2. Nasi putih
  3. Mentega dan minyak
  4. Daging lembu, ikan dan telur
  5. Waffle
  6. Keju dan susu
  7. Gula-gula
  8. Kek

Inilah perkongsian petua untuk merawat buasir secara semulajadi dengan menggunakan bawang putih, semoga pembaca selalu di berikan kesihatan oleh tuhan yang maha esa serta di jauhkan dari segala macam penyakit. Kerana kesihatan itu mahal harganya. Selamat mencuba.

Kredit: Cara Tradisional Rawat Buasir

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve + 17 =