Petua Mengatasi Masalah Pembuluh Darah Tersumbat

Pembuluh darah tersumbat menjadi penyakit yang cukup serius dan harus segera di atasi. Atherosclerosis atau sering disebut penyumbatan pembuluh darah kerana plak lemak. Penyakit ini boleh menyebabkan kekurangan pergerakan aliran darah pada otot jantung dan organ-organ vital lainnya.

Keadaan yang berterusan ini akan menimbulkan rasa ngilu pada dada yang berakhir kepada kematian mendadak akibat serangan jantung. Penyumbatan pembuluh darah boleh menyebabkan suatu keadaan yang membahayakan nyawa, salah satunya iaitu serangan jantung dan juga stroke.

Penyebab penyumbatan darah adalah plak. Plak merupakan deposit lemak yang menempel pada dinding dalam (endotel) yang mengganggu kelajuan aliran darah dalam pembuluh darah. Jika hal ini dibiarkan, dinding pembuluh darah akan menyempit dan terjadi penyumbatan. Dinding pembuluh darah yang dipenuhi oleh plak tentunya akan rapuh dan pecah. Bila lapisan endotel pecah maka akan terjadi penggumpalan dan penyumbatan pada kawasan tersebut.

Penyumbatan pembuluh darah sendiri disebabkan oleh beberapa hal, iaitu kolesterol tinggi, sering merokok, terkena diabetes serta tekanan darah tinggi atau hipertensi. Disebabkan oleh budaya pemakanan dan aktiviti seharian masyakarat Malaysia telah meninggikan risiko berlakunya penyumbatan plak dalam pembuluh darah.

Satu perkongsian yang amat bermanfaat yang dikongsikan oleh laman Usihat berkaitan dengan satu petua supaya pembuluh darah tidak tersumbat. Setelah diamalkan beberapa minggu individu berkenaan yang mempunyai penyakit dalaman mendapati ada perubahan yang positif dalam dirinya. Kesakitan dan rasa berat pada tengkuknya telah hilang begitu sahaja.

Bahan diperlukan:

  • 1 cawan jus lemon
  • 1 cawan jus halia
  • 1 cawan jus bawang putih
  • 1 cawan cuka epal

Cara menyediakan:

  1. Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
  2. Minum campuran ubat ini satu sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Semoga petua yang dikongsikan ini akan memberi banyak manfaat untuk semua yang memerlukannya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 2 =