Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa 7 Hari

Setiap individu pasti akan berasa rimas apabila jerawat sudah mula tumbuh si permukaan wajah. Jerawat juga mampu menjatuhkan keyakinan diri seseorang ketika berdepan dikhalayak ramai. Paling mengerikan apabila jerawat itu meninggalkan parut hitam.

Jerawat boleh menjadi satu keadaan kulit yang menyakitkan dan memalukan dan parut yang ditinggalkan ialah satu peringatan yang tidak dialu-alukan. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, ada perkara-perkara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan proses dan mengelakkan hiperpigmentasi yang selanjutnya.

Secara realistiknya, anda tidak akan dapat menghilangkan parut jerawat dalam satu malam tetapi remedi-remedi, produk, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit yang digariskan di bawah pastinya akan menghasilkan perbezaan ketara selepas beberapa waktu. Anda hanya perlu mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.

Disini kami kongsikan tip dari seorang gadis yang bernama Muyassarah Samad yang digunakan untuk hilangkan parut jerawat selama seminggu je.

Selamat Mencuba!

Step 1:

Sediakan bahan-bahan:

  • Asam jawa
  • Bedak sejuk
  • Air kosong

Step 2:
Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat dan gaul.

Step 3:
Ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah air sikit. Bila dah siap gaul, sapu pada bahagian muka yang ada jerawat tadi.

Kredit FB Muyassarah Samad

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + 4 =