Pemandu Wanita Ambil Tahu Perkara Asas Pasal Kereta

Penting ‘lady driver’ atau pemandu wanita ambil tahu pasal kereta. Bab enjin, tukar tayar malah pusat servis kereta. Sebabnya bila kereta breakdown di tengah-tengah perjalanan, anda takkan panik. Tahu bagaimana nak selesaikan masalah dalam masa yang singkat.

“Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang di belakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Inilah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah mengamuk sakan.”

Perkongsian Azbi Centre ini memberi panduan kepada pemandu wanita untuk belajar dan ambil info mengenai apa yang patut mereka tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:pemandu wanita, pemandu perempuan, asas kereta, asas servis kereta, asas checkup kereta, servis asas sebelum bawa kereta

#1 Ketahui Model, Tarikh Keluaran Dan Pembuatan

Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!

BACA JUGA: 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang

#2 Kenali Bahagian Asas Kereta Dan Fungsinya

Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.

pemandu wanita, pemandu perempuan, asas kereta, asas servis kereta, asas checkup kereta, servis asas sebelum bawa kereta

#3 Tayar, Tayar Dan Tayar!

Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.

pemandu wanita, pemandu perempuan, asas kereta, asas servis kereta, asas checkup kereta, servis asas sebelum bawa kereta

#4 Sediakan Jadual Servis Kereta

Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.

#5 Belajar Cara ‘Jump’ Bateri Kereta

Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.

BACA JUGA: Cara Servis Sendiri Penghawa Dingin Kereta Yang Kurang Sejuk

#6 Simpan Nombor Telefon Mekanik

Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment