Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!

Anda adalah segala-galanya buat si manja. Oleh itu, semua perkataan yang anda sebut mampu memberi kesan dari segi fizikal atau emosi pada tumbesaran mereka! Semua kanak-kanak akan mencari ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam semua hal. Sokongan dan bimbingan yang diberi ibu bapa amat penting untuk memberi rasa selamat pada anak-anak.

Tapi, kadang-kadang… ibu bapa juga membuat kesilapan.

Antaranya ialah dengan menyebut beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut oleh mereka. Semua perkataan itu bersifat “tajam” dan mampu mengguris hati kecil si manja. Ia juga mampu memberi kesan dalam tumbesaran fizikal dan emosi anak-anak! Hati-hati ya.

Kaitan antara tingkah laku ibu bapa dan perkembangan diri anak-anak

Buat anak-anak, ibu bapa ini bukan saja “orang biasa“. Mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai penjaga dan pelindung.

Ibu bapa boleh buat semua perkara! Sebab itu semua benda dan percakapan yang diungkap ibu bapa memainkan peranan penting. Ia mengajar mereka tentang apa yang salah dan apa yang betul. Oleh itu, apabila ibu bapa kerap memarahi anak, mereka akan membesar dengan tingkah laku yang sama.

Mereka cepat marah dan pantang “melakukan kesilapan”. Bahaya, bukan? Jadi semua ibu bapa… mari ubah gaya keibubapaan anda. Pakar psikologi meminta anda jangan sebut 8 ayat ini pada anak-anak kerana ia mampu memberi kesan buruk!

Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak-Anak Anda!

#1 “Berhenti menangis sekarang!”

Memanglah anda berang sebab anak menangis tanpa sebab. Tapi, jika anda sebut perkataan ini pada mereka, mereka akan rasa yang diri mereka terlalu bodoh kerana tak dapat berhenti menangis.

Kadangkala, mereka tak dapat kawal apa yang mereka rasa. Apabila anda sebut ayat ini, mereka fikir anda tak benarkan mereka ada “emosi“.

Cuba pujuk dengan ayat yang lebih positif seperti –

“Tak mengapa kamu menangis. Tapi… kamu kena faham, apa yang kamu buat ini salah.“

#2 “Ibu/Abah kecewa dengan kamu!”

Biasanya, ayat ini akan diungkap mana-mana ibu bapa yang kecewa dengan anak masing-masing.

Semuanya mungkin sebab tingkah laku anak tersebut atau kerana ibu bapa terlampau dibuai kesedihan dan kekecewaan.

Apabila anak anda melakukan kesalahan, jangan terus kecam mereka. Beri mereka masa untuk memikirkan “apa tindakan yang betul“.

Anda boleh saja sebut –

“Tindakan kamu tadi salah. Jom kita bincang, okay?”
Kan lebih lembut?

#3 “Kamu tak cukup bagus!”

Apabila anda mengatakan yang anak anda kekurangan sesuatu atau tak cukup bagus, mereka akan mula meragui diri sendiri.

Maka, hilang semua keyakinan mereka. Tumbesaran mereka juga terganggu, kerana menganggap mereka tak cukup bagus dalam hidup ini.

Ibu bapa yang bijak boleh saja menyebut –

“Kamu sudah cukup bagus. Nanti kita cuba dengan lebih baik, okay?”
Sejuk sikit hati anak itu.

#4 “Kamu ini tak berguna, lah!”

Jangan sesekali sebut ayat ini pada anak anda. Jika anak anda mendengar kata-kata ini, mereka akan hilang keyakinan diri dan tak mahu mencuba lagi.

Kasihan mereka! Anda boleh saja sebut –

“Tak semua orang sempurna, sayang. Tapi kamu boleh buat dengan lebih baik lain kali. Jangan risau, okay?“

#5 “Budak besar tak akan takut.”

Semua budak akan merasai ketakutan. Dan tugas anda adalah untuk melindungi mereka!

Ajar anak anda untuk berhadapan dengan ketakutan mereka, bukan dengan melarikan diri!

Cuba sebut –

“Tak apa kalau takut. Semua orang takut kadang-kadang. Tapi ibu ada sesuatu yang boleh membantu.“

#6 “Kamu anak yang jahat!”

Anda tak sepatutnya membuatkan anak-anak merasa diri mereka jahat, walaupun tindakan yang mereka lakukan terbukti salah.

Cuba guna frasa yang lebih positif untuk menerangkan pada mereka yang perbuatan tersebut salah dan tidak bagus. Cuba –

“Apa yang kamu buat ini tak baik. Jangan buat lagi, ya?”

#7 “Ibu buat semua perkara demi kamu!”

Aduh! Dia kan anak anda? Memang patut pun anda buat semua perkara demi mereka.

Malunya jika anda sebut ayat ini pada anak-anak. Mereka tak diminta untuk dilahirkan. Anda yang sepatutnya menjaga mereka.

#8 “Kamu gemuk!”

Anda tak seharusnya melukakan hati anak-anak dengan ayat ini. Mereka sudah tahu yang mereka gemuk, jadi tak payah ingatkan mereka. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat anak-anak. Jangan biar mereka rasa mereka dibuli.

Jika anda melabel anak-anak dengan perkataan negatif ini, mereka akan mengalami masalah pemakanan dan memahami imej badan yang tak sihat.

Cuba guna ayat seperti –

“Ibu cuba nak jadi sihat. Kamu nak cuba juga? Jom lah cuba sekali. Ibu tak mahu cuba seorang-seorang!“

Ha, kan lebih bijak?

Hati-hati dengan apa yang diucapkan pada anak-anak anda. Jangan benarkan mereka membesar dengan “perasaan benci” terhadap diri sendiri malah juga pada anda. Benda itu tidak sihat!

Sumber rujukan: Peace Quaters, Encyclopedia on Early Childhood Development dan Vanderbilt Education

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment