Minum Jus Nanas Madu Boleh Rawat Masalah Kencing Tak Lawas Yang Selalu Menyerang Wanita!

Minum Jus Nanas Madu Boleh Rawat Kencing Tak Lawas | Ramai wanita yang mengalami masalah kencing tak lawas. Hal ini pasti ada hubungkaitnya dengan permasalahan daripada punci kencing.

Begitu juga risiko kepada masalah batu karang. Nanas antara yang disyorkan untuk membantu mengatasi masalah ini. Dan amalan mengambil jus nanas antara yang disarankan kepada semua, untuk diamalkan.

Jadi, siapa tak makan nanas rasanya anda memang orang yang paling rugi. Bukan sebab apa, selain baik untuk melawaskan kencing dan mencegah batu karang, nanas ni sebenarnya cukup banyak khasiatnya.

Nanas yang manis dan enak rasanya ini punya banyak kelebihannya. Jangan hanya ingat ia sebagai buah yang tajam dan kurang sesuai dimakan, apa lagi diamalkan sebagai jus nanas setiap hari.

jus nanas

Apa yang anda perlu tahu, nanas sebenarnya kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin B1, Potasium dan juga manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Nenas sebagai ubat untuk mengatasi masalah batuk berpanjangan memang diyakini. Gabungkan nenas bersama madu dan amalkan minum jus ini setiap hari. Itu petua yang dikongsikan Puan Norashikin Bt Hasan di facebook miliknya. Bagaimana nak buat jus ini? Di sini disediakan bahan dan langkah membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas madu
  • Sedikit madu
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  1. Buang kulit nanas dan bersihkan keseluruhannya.
  2. Potong dadu nanas dan paling penting buang dibahagian tengahnya.
  3. Tuangkan air secukupnya ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  4. Tapiskan jus ini sebayak dua kali supaya kesemua hampas dan lebihan hampas yang kecil dan halus dapat diasingkan.
  5. Masukkan dalam botol kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  6. Apabila hendak minum, barulah dimasukkan sesudu madu dan kacau rata.
  7. Amalkan minum jus nanas ini setiap hari hingga batuk semakin reda.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada ubat batuk biasa yang di beli di kedai. Hebat bukan?

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk. Ternyata pesakit yang mengambil jus nanas, 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa. Terbukti bukan?

Tapi rasanya jangan pula memberanikan diri memberi jus nanas ini kepada bayi kecil kita. Mungkin sifat nanas yang tajam kurang sesuai untuk diberikan kepada bayi. Mulakan percubaan untuk anda terlebih dahulu.

Khasiat Lain Daripada Sebiji Buah Nanas

Atasi Sembelit
Nanas yang tinggi serat juga cukup baik untuk mengatasi masalah sembelit. Amalan mengambil jus nanas ini pasti membantu anda yang sukar hendak buang air besar. Amalkan jus nanas setiap hari. Pilih nanas yang sedikit muda dan masam!

Tingkatkan Gula Dalam Darah
Bagi mereka yang mengalami masalah gula rendah dalam darah, pengambilan jus nanas adalah sangat disyorkan. Nanas mempunyai kadar gula semulajadi yang tinggi malah dapat membantu meningkatkan kadar gula dalam darah. Tapi jangan pula berlebih-lebihan!

Kuatkan Tulang
Nanas dapat menguatkan tulang kerana ia mempunyai mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung.!

BACA JUGA: Inilah 6 Petua Tanam Nanas Dalam Polybag, Hasilnya Memuaskan!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine + 6 =