Merancang Nak Ada Bayi? Kena Jaga Pantang Larang Ni

Mendengar perkataan subur mungkin membosankan bagi yang belum berkahwin. Namun perkataan ini menjadi satu kebimbangan bagi yang telah berumah tangga. Lebih-lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.

Buntu bila memikirkan mengapa Allah tidak menganugerahkan zuriat dengan cepat berbanding pasangan-pasangan lain. Itulah yang menjadi kerisauan semua wanita. Namun percayalah bahawa ini semuanya adalah percaturan hebat Allah SWT.

Namun sebagai manusia, kita juga harus berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Menjalankan pemeriksaan kesuburan adalah salah satu langkah bijak yang perlu anda lakukan. Namun apa yang boleh anda lakukan di rumah adalah memastikan semua aspek agar kesuburan tetap terjaga. Apakah ia? Buat semua langkah ini.

1. Pilih Makanan Sihat

Makanan yang sihat pastinya adalah makanan yang baru dimasak. Selain itu pilihlah buah-buahan segar dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan. Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.

2. Kawal Berat Badan

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.

3. Elak Kafein

Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!

4. Elak Aktiviti Berat

Aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan anda. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan anda. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.

5. Lakukan Pemeriksaan Rahim

Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung. Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment