Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya Dengan Minum Air Ni Je

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif. Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya sakit lutut ini menjadi lebih teruk jika kita tidak menjaga pemakanan kita.

Pemakanan yang perlu di elakan bagi pesakit lutut dan sendi:

1) Toksin A.G.E
Ramai yang masih tidak tahu mengenai toksin A.G.E (Advanced Glycation End Produk).Toksin ini akan terjadi apabila kita panaskan , panggang , Goreng makanan. Protein dalam badan boleh rosak akibat AGE. Jadi kita perlu mengambil langkah kurangkan pengambilan makanan yang berunsurkan munculnya AGE. Jadi kita perlu kurangkan makanan yang digoreng dalam suhu terlampau tinggi

2) Kurangkan Pengambilan Makanan Bergoreng yang diproses
Seperti kita sedia maklum, banyak penyakit disebabkan amalan pemakanan kita. Kita boleh perbanyakan amalan memakan sayuran dan buahan dalam diet .Dalam Kajian , bila kita betul-betul kurangkan makanan bergoreng dan yang telah diproses – sejuk beku, memang membantu memulihkan sistem pertahanan badan.

3) Makanan berunsur Tenusu
Elakkan pengambilan berlebihan makanan berbentuk tenusu, ini kerana terdapat sejenis protein yang boleh menyebabkan sakit sendi.

4) Karbohidrat dan Gula yang tinggi
Karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan toksin A.G.E yang akan buatkan kita alami radang sendi. Jadi bagi yang sukakan makanan berunsurkan karbohidrat dan juga manisan, perlu sangat kita kurangkan. contohnya kurangkan manis dalam minuman , dalam kuih muih . bagi karbohidrat pula boleh kurangkan pengambilan nasi yang tinggi kanji.

5) Bahan Pengawet dan garam .
Kebiasaanya , makanan yang dalma tin mempunyai bahan pengawet yang tertentu , ada yang bahan pengawetnya tinggi dan tidak untuk menjaga tahap kesempurnaan makanan supaya lebih tahan lama . jadi sebelum kita membeli makanan dalam tin, wajib kiranya kita melihat isi kandungan bahan pengawet . begitu juga dengan isi kandungan garam .

6) Alkohol dan Rokok.
Alkohol dan rokok boleh menyebabkan kita berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik. tetapi masih ramai yang tidak tahu , ia juga boleh menyebabkan kerosakan sendi.Bagi yang pengemar rokok yang tegar , anda berpeluang mendapt risiko sakit sendi rheumatoid.
manakala bagi yang suka akan alkohol, anda berisiko mendapat gout .
Jadi amat penting kita , berhenti sahaja mengambil rokok dan alkohol yang berterusan dan berlebihan.

7) Penggunaan Minyak jagung
Penggunaan minyak jagung dalam masakan sebenarnya boleh menyebabkan kedarangan sakit sendi . jadi kita boleh menukarkan minyak jagung ini dengan minyak zaitun .
beberapa kajian pula, Asid lemak Omega 3 boleh melegakan pesakit sendi. jadi kita bolehlah menukarkan omega-6 kepada omega-3 seperti minyak zaitun , kacang dan sebagainya.

Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (250ml) air
  • 1 cawan oatmeal segera
  • 2 cawan nenas ketulan
  • 1 cawan jus oren semulajadi mentah
  • Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan
  • Madu mentah 5 oz. (40g)
  • g 7 kulit kayu manis

Arahan:

  • Masak oat
  • Masukkan oat dimasak dalam pengisar
  • Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar
  • Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah
  • Sebati segala-galanya
  • Tambah kiub ais (pilihan)

Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − 10 =