4 Masalah Kesihatan yang Boleh Berlaku Kepada Orang Tinggi

Satu kajian terbaru telah menemui fakta yang mengatakan orang yang mempunyai ketinggian atas tahap ketinggian sederhana berisiko untuk mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan fisiologi dan organ dalaman individu itu.

Menurut Health, berikut merupakan beberapa masalah kesihatan yang boleh berlaku kepada individu yang mempunyai ketinggian yang melebihi tahap sederhana.

  1. Lebih Banyak Darah Beku

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Circulation: Cardiovascular Genetics’ mengatakan yang lelaki tinggi kurang daripada 160cm mempunyai risiko 58% lebih rendah untuk menghasilkan darah beku berbanding lelaki yang tinggi lebih daripada 188cm.

Selain itu, wanita yang tinggi kurang daripada 155cm juga mempunyai risiko 69% lebih rendah dari wanita yang tinggi lebih daripada 183cm. Ini kerana, saluran darah di bahagian kaki orang yang lebih tinggi akan menjadi lebih panjang sehingga terdapat lebih banyak tempat yang boleh menjadi masalah.masalah kesihatan, orang tinggi, masalah orang tinggi, masalah kesihatan orang tinggi, bahaya orang tinggi

  1. Lebih Berisiko Meninggal Disebabkan Kanser

Akhbar tahun 2016 telah didedahkan risiko orang yang mempunyai ketinggian 6.35cm untuk meninggal disebabkan kanser telah meningkat sebanyak 4%. Lelaki yang tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser prostat yang agresif. Manakala bagi wanita pula, mereka lebih cenderung untuk mendapat kanser payudara, endometrium dan usus besar.

  1. Risiko A-Fib Tinggi

Dalam kajian pada bulan April lalu mengatakan wanita yang tinggi mempunyai kemungkinan untuk mempunyai atrial fibrillation (a-fib) tiga kali ganda lebih tinggi, ia satu keadaan yang menyebabkan gangguan pada denyutan jantung yang merbahaya. Namun, masih memerlukan kajian lanjut untuk mengetahui kesan dan kematian penyakit a-fib itu.

  1. Rendah Risiko Penyakit Jantung dan Diabetes

Kajian terbaru di Lancet menemui orang tinggi lebih daripada 6.3cm mempnyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes. Risiko untuk meninggal disebabkan oleh penyakit jantung juga telah turun sehingga 6%.

Ini kerana, orang tinggi mempunyai jantung yang lebih kuat dan nutrisi berlebihan yang mereka makan boleh melindungi diri mereka daripada peningkatan penghasilan hormon yang membantu badan mengawal kadar gula dalam darah dan tahap kolestrol.

BACA JUGA: 7 Ciri-Ciri Anda Mungkin Kena Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 − three =