Marah Anak Ada Caranya, Jangan Berdiri Tetapi Duduklah Sebabnya…

Pernah tak rasa nak marah anak yang tahap tak boleh nak dikawal? Sebenarnya kita tahu tiada ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang kita tak berniat pun nak memarahi anak dengan jeritan yang kuat.

Salah satu sebab ibu bapa selalu terjerit bila memarahi anak adalah kerana kecewa. Mungkin sebab anak asyik ulang perangai yang sama beberapa kali. Sampai tak tertahan rasa nak marah.

Ok, sebelum kita bincang kesan buruk marah anak, cuba beberapa cara ini untuk bawa bertenang dan elak diri daripada terjerit pada anak-anak. Jemput renungkan perkongsian Puan Nurul Ilyani ini…cara marah anak, jangan tengking anak, tip tegur anak, cara tegur anak, cara nasihat anak

Dalam satu siri kuliah Mufti Menk, beliau cerita tentang bagaimana ibu bapa mahu mem’betul’kan anak. Sampai satu poin, beliau cerita bapanya yang membetulkannya walaupun beliau sudah dewasa dan menjadi seorang pendakwah.

Bapa Mufti Menk tegur lepas satu ceramah yang bapanya tonton secara live dari rumah. Lebih kurang 1 jam selepas ceramah, bapanya telefon pesan supaya duduk dan baru bercakap.

Beliau faham pesan bapanya. Bapa Mufti Menk tidak cakap banyak pun masa tegur beliau.

Kalau berdiri, Mufti Menk kata biasanya kita terlebih energy, suara lantang serta kuat. (Wah, ini saya setuju sangat, saya pun begitu)

BACA JUGA: Serabut Anak Banyak Tanya, Ini Yang Anda Boleh Lakukan

Tak Salah Marah Anak, Tapi…

Jadi, masa talk seterusnya beliau duduk, suara lebih soft, lebih perlahan. Tidak lama beliau bangun tapi masih jaga suara beliau.

Dalam dakwah, kita kena duduk semasa tegur, membetulkan kesalahan. Berdiri masa bagi amaran sesuatu secara umum.

Jadi, saya pun terfikir dalam didik anak pun sama. Kita boleh buat perkara yang sama.

Setiap kali kita mahu berdakwah, menegur, membetulkan anak kita, kita kena duduk supaya ton suara lebih perlahan dan tenang.

Anak makan sepah-sepah, baling makanan. Kita rasa marah.

Ini Cara Terbaik Nak Marah Anak

Jangan berdiri dan tegur❌ (Suara kita akan jadi tinggi)

Duduk dengan anak dan tegur ✅ (Suara kita akan lebih perlahan dan terkawal)

Ini yang saya buat setiap kali berdepan dengan anak. Kalau berdiri, apa yang kita pegang kita rasa mahu baling. Kalau ada penyapu, kita pukul lantai dengan penyapu. Begitulah buruknya amarah.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Apabila salah seorang dari kalian marah dalam kondisi berdiri maka hendaknya dia duduk. Kalau marahnya belum juga hilang maka hendaknya dia berbaring.” (HR. Ahmad).

Setiap kali kita mahu bagi amaran atau peringatan kepada anak kita yang tiada kaitan dengan kesalahan yang mereka lakukan ketika itu, kita boleh berdiri apabila emosi kita stabil.

“Anak-anak, di rumah orang nanti ada peraturan, tidak boleh usik barang, tidak boleh berlari, tidak boleh menjerit, duduk sebelah ummi”. ✅ (Ini kita boleh beritahu bersahaja sambil berdiri atau duduk seperti seorang pendakwah)

Ibubapa adalah guru pertama anak-anak. Kitalah.

Sumber: Mingguan Wanita

BACA JUGA: Kenali Tabiat Buruk Ibubapa Yang Patut Dihentikan!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 − three =