Ini Sebabnya Mengapa Kanak-Kanak Dilarang Mandi Memakai Lampin Dalam Kolam Renang

Sempena musim cuti persekolahan ini, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak makan angin dan beriadah di tempat-tempat menarik seperti mandi di pantai, melancong ke luar negara dan sebagainya.

Majoriti ibu bapa pasti akan membawa anak-anak ke tempat air sama ada di pantai, sungai mahupun taman tema air. Namun, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa langkah yang harus dipatuhi oleh ibu bapa khususnya apabila melibatkan anak yang masih kecil.

Menerusi laman Facebook, Public Health Malaysia telah berkongsi beberapa tips pencegahan dan larangan yang harus diikuti oleh ibu bapa sebelum membawa anak kecil mandi di dalam kolam renang dan juga taman tema air.

Rotavirus merupakan virus penyebab penyakit AGE iaitu muntah, cirit-birit, sakit perut dan demam, Virus ini disebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan najis yang mengandungi rotavirus ini.

Jadi, jika bayi memasuki kolam renang dengan memakai lampin, virus najis di dalam lampin tersebut akan terdedah kepada air lalu memasuki mulut kanak-kanak lain.

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh CDC menunjukkan bahawa 60% daripada sampel air daripada 160 kolam renang awam didapati tercemar dengan najis. Bukan sahaja itu, sampel air ini turut dilaporkan positif bakteria E. coli.

Justeru, para ibu bapa dikehendaki untuk memberi kerjasama dalam mengutamakan kebersihan dan tidak membenarkan anak-anak yang masih memakai lampin untuk mandi di dalam kolam renang.

Ibu bapa mungkin boleh mencuba alternatif lain dengan memakaikan bayi anda lampin pakai buang yang dikhaskan untuk kegunaan aktiviti berenang.

Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pastikan anda mengikut 4 langkah pencegahan penyakit di kolam renang seperti yang ditetapkan oleh Public Health Malaysia.

  1. Tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang
  2. Pastikan anak-anak tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam renang
  3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah di buang ke dalam tong sampah
  4. Makan makanan dan minum air yang bersih serta selamat

Tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sambil lewa anda boleh mendatangkan bahaya penyakit kepada individu lain khususnya kanak-kanak kecil.

Sumber: Public Health Malaysia

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + 15 =