3 Makanan Viral Yang Berbahaya Kepada Kesihatan

Siapa pernah pergi cuba makan di tempat-tempat yang viral di facebook. Sedap tak? Kadang-kadang rasanya tak lah sedap mana pun cuma tempat atau cara hidangan dia yang boleh buatkan kita rasa tertarik.

Dah menjadi kebiasaan, orang ramai akan terus serbu untuk mencuba makanan-makanan baru yang sedang hangat diperkatakan di media sosial tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap makanan tersebut. Disini kami ingin kongsikan 3 jenis makanan yang telah jadi viral tetapi sangat tidak baik untuk kesihatan.

1. Matcha Green Tea

matcha tea, teh matcha, burger donut, burrito sushi, makanan viral, kedai hipster, makanan hipster

Matcha Green Tea adalah serbuk teh hijau yang berasal dari China dan Jepun tetapi kini telah menjadi viral dan kegemaran semua orang. Kalau boleh dalam semua masakan atau minuman nak ditambahnya dengan serbuk green tea ni kan. contohnya puding, muffin, donut, kek, crepes dan sebaginya.., Baru la boleh viral. Yang sebenarnya, serbuk matcha green tea ni cuma memiliki perasa yang sama seperti rumput biasa. Bukanlah rasa seperti teh hijau yang asli.

2. Burger Donat

matcha tea, teh matcha, burger donut, burrito sushi, makanan viral, kedai hipster, makanan hipster

Burger dan donat adalah dua jenis makanan yang berbeza yang mana kalau disatukan belum tentu boleh dapatkan rasa yang enak. Menurut seorang pakar pemakanan, burger donat ini boleh menjadi makanan yang membawa maut disebabkan hidangan ini mengandungi lebih 2000 kalori, 50gram lemak dan 8gram garam. Kandungan ini cukup untuk membunuh seorang manusia jika dimakan selalu.

3. Burrito Sushi

 

matcha tea, teh matcha, burger donut, burrito sushi, makanan viral, kedai hipster, makanan hipsterDengar nama je macam boleh bayangkan kesedapan makanan tersebut kan, tetapi sebenarnya makanan ini sangat bahaya untuk dimakan. Saiz kedua hidangan ini sebenarnya berbeza jika disajikan secara berasingan. Sushi saiznya kecil berbanding dengan burrito. Anda boleh bayangkan sendiri jika ikan mentah diletakkan ditengah-tengah burrito yang besar ini. Pastinya ikan itu tidak akan segar lagi dan semestinya bakteria yang terdapat dalam ikan mentah tadi akan berkembang. Ini akan membahayakan tubuh badan dan kesihatan si pemakannya.

BACA JUGA: Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 5 =