Tip Nak Pastikan Makanan Bersantan & Santan Mentah Tahan Lebih Lama

Makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi. Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.

Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?

 

Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.masakan berlemak, masakan pakai santan, santan tahan lama, santan tahan sebulan, masakan bersantan tidak basi

Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.

Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.

BACA JUGA: Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap!

Santan Mentah Tahan Lama?
Santan mentah yang diperah secara asli memang enak dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.

Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.

Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?masakan berlemak, masakan pakai santan, santan tahan lama, santan tahan sebulan, masakan bersantan tidak basi

 

Cara 1:

  1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
  2. Bungkus kemas santan.
  3. Simpan dalam tempat beku.

* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.

Cara 2:

  1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
  2. Sejukkan sekejap.
  3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: 6 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment