Madu Tualang Berkesan Merawat Tulang Rapuh, Alternatif Untuk Elakkan Osteoporosis

Madu tualang merupakan sejenis madu yang diperolehi daripada lebah liar yang mendirikan sarang di hutan.

Kebiasaannya lebah hutan liar ini akan mendirikan sarangnya pada pokok tualang ataupun nama saintifiknya Koompassia excelsa yang berketinggian sehingga kira-kira 12 tingkat bangunan!

Tujuan lebah ini mendirikan sarangnya di pokok tualang adalah bagi mengelakkan sarangnya diceroboh oleh haiwan liar lain.

Lebah liar ini kebiasannnya akan membina sarangnya pada bulan oktober dan sarang lebah itu akan matang dan mempunyai madu yang banyak pada bulan december. Ketika inilah proses pengambilan madu dilakukan.

Pemungut madu akan merentasi hutan tebal untuk sampai ke tengah hutan yang mengandungi pokok tualang. Ketika musim memungut itu terdapat banyak sarang lebah pada sesebuah pokok tualang sehingga mencecah 100 sarang.

madu tualang

BACA JUGA: Jangan Buat Main Masalah Tulang Rapuh, Baca Peringatan Doktor Ini.

Kajian Mengenai Madu Tualang

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati bahawa madu tualang sangat berkesan dalam membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita menopause (putus haid),setanding dengan ubat moden.

Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Rosline Hassan berkata, penemuan itu juga hasil dari kajian yang berlangsung sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita yang berusia 45 tahun dan ke atas.

“KAMI MEMBUAT SATU PERBANDINGAN ANTARA WANITA YANG DIBERIKAN MADU TUALANG SECARA KONSISTEN IAITU SEBANYAK 20 GRAM SEHARI SELAMA EMPAT BULAN DENGAN WANITA YANG HANYA BERGANTUNG KEPADA PENGAMBILAN UBAT MODEN.

“Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang hampir sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang,” katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian di sini hari ini.

Dr. Rosline berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas perokok dan dia juga mendapati tahap keracunan dalam tubuh mereka semakin berkurangan selepas mengambil madu tualang sebanyak 20 gram sehari selama tiga bulan berturut-turut.

“Pembuktian secara saintifik ini telah menunjukkan produk semulajadi mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu untuk terus diterokai oleh para penyelidik negara khususnya penyelidik USM dari semasa ke semasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan produk semulajadi terutama madu tualang perlu untuk ditekankan bagi memastikan ubat-ubatan tradisional kita akan terus terpelihara dari segi kualiti serta selamat untuk digunakan.

Diharap perkongsian di atas memberikan manfaat serta membantu anda dalam kehidupan seharian. Tidak sangkakan khasiat madu ternyata boleh dipelbagaikan malah setanding dengan ubatan moden yang terdapat di pasaran.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 3 =