Petua Untuk Kurangkan Masin Ikan Kering

Percaya tidak bahawa ikan masin boleh dikurangkan masinnya sebelum digoreng? Dulu, saya juga tidak percaya. Ikan masin sudah sememangnya masin sebab itu dikatakan ikan masin.

Bagaimanapun, kadang-kadang ikan masin itu terlalu masin kerana banyaknya kuantiti garam yang digunakan ketika memeram ikan sebelum dijemur pada keesokan hari.

Kesannya, sedap ikan masin tidak lagi dapat dinikmati kerana terlalu masin. Dalam masa yang sama, boleh menjadi punca meningkatnya darah tinggi pula.ikan masin, ikan kering, kurangkan masin ikan kering, kurangkan masin ikan masin, resepi ikan masin, petua ikan masin

Bagi penggemar-penggemar ikan masih seperti ikan gelama, ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri dan ikan-ikan masin yang lain yang tidak berapa gemar dengan kemasinan yang terdapat pada ikan-ikan berkenaan tetapi masih gemar untuk menikmatinya kemasinan yang ala kadar, bolehlah mencuba petua ini.

  1. Ikan masin hendaklah direndam dalam bekas air yang berisi air garam juga
  2. Untuk satu atau dua ekor ikan masin, cuma masukkan 1 atau 2 sudu besar garam dalam air.
  3. Kalau dalam kuantiti yang banyak, masukkan lebih garam dalam air.
  4. Rendam ikan kering dalam air garam lebih kurang 20 – 30 minit.
  5. Mungkin kita tertanya-tanya mengapa ikan yang telah masin masih hendak direndam dengan garam. Sebenarnya garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.
  6. Selepas melepasi 30 minit, basuh ikan masin dengan air bersih. Toskan.

Satu lagi petua yang boleh dicuba untuk mengurangkan rasa masin pada ikan masin ialah sebelum memasak, rendamkan ikan masin dalam air kelapa terlebih dahulu. Biarkan selama 30 minit. Kaedah ini juga terbukti mampu mengurangkan rasa masin yang melampau bahkan menyingkirkan bau hapak ikan masin tadi.

Selamat Mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment