Pening Bila Kucing Berak & Kencing Bersepah? Cuba 6 Cara Ini

Pening Bila Kucing Berak & Kencing Bersepah? Cuba 6 Cara Ini | Bagaimana cara elak kucing berak dan kencing merata-rata ya? Sedangkan tempat sudah disediakan khas untuknya. Sudah diajarkan kencing dalam bekas tapi masih kat dalam rumah.

Itu tak apa lagi, kalau dia kencing dekat rumah orang lain lagi susah. Dah jadi kes bergaduh dengan jiran pula. Terlalu banyak kes kucing yang dibela dibunuh dengan cara diracun oleh jiran-jiran hanya kerana kes kucing berak dan kencing merata ni.

Jika anda seorang pemilik kucing yang bertanggungjawap perlulah mencari ilmu pengurusan sisa kucing supaya kucing anda sihat dan rumah anda juga bersih dan tidak berbau busuk dengan najis kucing.

BUKAN SENANG MENCUCI NAJIS KUCING!

Memang sukar untuk menghilangkan bau kencing kucing. Cucilah dengan sabun, clorox, cuka, soda penaik mahupun hydrogen peroxide, baunya masih ada. Ini kerana air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric acid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria.

Apabila dibersihkan dengan air, ia bertindak dengan protein serta komponen-komponen ini secara tak langsung mengaktifkan bau.

Cuka dan soda penaik pula hanya meneutralkan bau untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak mampu membuang kesemua komponen dalam air kencing.

kucing berak
Persian Cat sniffing litter box

JADI, BAGAIMANA NAK ELAK KUCING BERAK DAN KENCING DALAM RUMAH?

1. CUCI DENGAN PENCUCI ENZIM

Cuci kawasan yang terkena dengan air kencing mengguna bahan pencuci daripada enzim dan bukannya ammonia.

  • Tekap air kencing sebanyak mungkin daripada kawasan yang terkena pancutan
  • Basahkan kawasan mengguna pencuci enzim dan biar seketika antara 10 hingga 15 minit
  • Tekap semula hingga kering dan biarkan seketika hingga kawasan itu benar-benar kering
  • Dengan cara ini, baunya akan hilang sepenuhnya. Ia adalah salah satu cara elak kucing berak atau kencing semula selepas ‘menandakan’ kawasannya.

2. PERIKSA LITTER BOX

Memandangkan kucing adalah haiwan pembersih maka ia juga rasa tidak suka jika litter boxnya terlalu kotor. Jika ia tidak rasa selesa untuk kencing di dalamnya, tidak hairanlah ia akan ‘melepaskannya’ di luar litter box. Bersihkan litter box dengan kerap. Pasir juga perlu digantikan selalu.

3. LIHAT KEDUDUKAN LITTER BOX

Ada kucing yang tidak selesa jika litter box diletak di kawasan yang terbuka. Tak hairanlah anda boleh elak kucing berak dengan mencari kawasan tersembunyi, terlindung, atau yang jauh daripada pandangan orang. Jadi, kucing akan lebih selesa untuk menggunakan litter box.

4. TIDAK MAHU BERKONGSI LITTER BOX

Jika ada kucing baru dalam rumah, kucing sedia ada biasanya tidak suka berkongsi litter box. Jadi, ia akan mencari tempat lain untuk kencing. Sediakan litter box yang lain untuk elak kucing berak merata-rata selepas kehadiran kucing baru.

5. ELAK MENUKAR KEDUDUKAN LITTER BOX

Biasanya anda letakkan litter box di sudut hujung dinding. Tiba-tiba terasa nak susun sebaris di belakang pintu. Oh jangan sesekali tukar kedudukan. Aapabila anda menukar kedudukan, ia akan menunaikan hajatnya di tempat lama kerana sudah dilatih sebegitu. Jadi, jangan sesekali tukar kedudukan litter box.

6. ELAK BERI TEKANAN

Kadang-kadang kehadiran bayi baru atau kunjungan tetamu yang tidak dikenali boleh menyebabkan kucing rasa stres. Apabila ia stres, ia akan buat perangai salah satunya kucing berak dan kencing merata-rata. Elak tambahkan stres dengan memarahinya. Beri masa untuk kucing menyesuaikan diri dengan perubahan.

7. BUAT PEMERIKSAAN DI KLINIK HAIWAN

Jika kucing kerap pancut tidak kira di mana sahaja, kemungkinan besar ia mengalami radang di saluran kencing. Penyakit yang dipanggil Feline Interstital Cystitis ini menyebabkan kucing tidak dapat menahan gesa untuk membuang air kencing hingga tidak sempat sampai ke bekas.

Bawa kucing ke klinik haiwan untuk mendapatkan nasihat veterinar untuk buat pemeriksaan.

JANGAN JERIT ATAU PUKUL KUCING JIKA IA KENCING MERATA-RATA

Ada sebabnya kucing berkelakuan sebegitu. Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh kucing anda. Sebab utama sebagai penanda kawasan itu kepunyaannya.

Ada juga kerana pelbagai sebab lain seperti tidak selesa dengan bekas yang disediakan, tidak mahu berkongsi dengan kucing lain, mungkin ia sakit dan meminta perhatian daripada anda. Apabila anda kenal pasti masalah yang dihadapinya, maka mudah untuk anda menyelesaikan masalah ini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × four =