Khasiat Ikan Mackerel Yang Anda Harus Tahu

Ikan tenggiri atau dalam bahasa inggeris disebut ikan mackerel merupakan jenis ikan yang mengandungi banyak nutrisi tinggi seperti lemak omega 3 dan protein serta nutrisi lain yang diperlukan oleh kesihatan tubuh badan kita.

Ikan ini merupakan ikan yang bernilai ekonomi yang cukup tinggi kerana peminat ikan jenis ini cukup ramai dan rasa dagingnya yang lazat. namun selain rasa yang lazat ikan mackerel atau tenggiri ini memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan tubuh.

Pernahkah anda mencuba ikan mackerel? Memang ia lazim didapati dalam bentuk dalam tin seperti ikan sardin atau tuna.

Namun, ikan mackerel yang segar rasanya lebih enak dan manis. Antara resipi yang anda boleh lakukan ialah memanggang kerana isinya yang tebal membuatkan ia lebih terserlah dengan cara panggang tersebut. Jangan lupa perahkan limau nipis. Memang meletop!

Tahukah anda kelebihan ikan mackerel untuk kesihatan?

1. Mencegah Penyakit Jantung
Ikan tenggiri merupakan makanan yang sesuai bagi mereka yang menginginkan jantung sihat. Dengan kandungan lemak omega 3 masakan dari ikan tenggiri ini merupakan salah satu jenis makanan yang paling efektif untuk mencegah penyakit jantung. Ikan tenggiri tidak hanya kaya dengan lemak tak tepu tunggal dan polyunsaturated fatty acid, tetapi juga juga rendah lemak tepu. Jadi dari pelbagai nutrisi yang baik untuk mencegah penyakit jantung, maka mengambil secara teratur makanan dari produk ikan tenggiri atau mackerel ini menurunkan risiko komplikasi jantung seperti stroke, aterosklerosis, serangan jantung dan aritmia.

2. Menurunkan Risiko Diabetes
Ikan yang mengandungi banyak nutrisi sihat mengandungi lemak sihat, lemak tak tepu tunggal iaitu (MUFA) yang memainkan peranan utama kunci dalam pencegahan, serta mengawal kadar gula darah pada penderita diabetes. Mengambil ikan ini secara teratur tidak hanya mengatur kadar gula darah dalam tubuh, tetapi juga menurunkan lemak visceral, sehingga menurunkan risiko diabetes. Jadi dengan mengambil ikan mackerel ini anda juga tentu dapat menurunkan lemak tubuh anda dan sangat baik bagi anda yang dalam program penurunan berat badan.

3. Mengawal Tekanan Darah
Selain baik untuk mencegah penyakit jantung, mencegah diabetes ternyata ikan ini juga sangat baik untuk mengawal bacaan tekanan darah. Dengan pengambilan teratur ikan mackerel atau ikan tenggiri hal tersebut mampu menjaga bacaan tekanan darah anda supaya terkawal. Nutrisi yang membantu dalam menjaga tekanan darah ini kerana tingginya nilai kalium yang terkandung dalam ikan ini membantu dalam menjaga tekanan darah.

4. Mencegah gejala Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis atau yang lebih kita kenal dengan sebutan radang sendi merupakan gejala yang timbul akibat kekejangan otot pada sendi tulang sehingga menimbulkan ngilu pada bahagian sendi. Ikan tenggiri atau Mackerel mengandungi anti-inflamasi yang membantu dalam menurunkan rasa ngilu sendi dan kekejangan otot pada orang yang menderita rheumatoid arthritis.

Jika anda menyukai artikel ini, sila kongsikan di media sosial anda supaya artikel khasiat ikan mackerel ini diketahui umum.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × three =