Amalkan 10 Khasiat Air Rebusan Daun Sirih Untuk Kesihatan

Amalkan 10 Khasiat Air Rebusan Daun Sirih Untuk Kesihatan | Nak sihat, nak cantik luaran dan dalaman tak susah sebenarnya. Tak perlukan kos yang mahal-mahal pun, yang penting kena RAJIN.Guna bahan-bahan semula jadi seperti Daun Sirih pun dah boleh cantik & sihat.

Punyalah banyak khasiat rebusan Daun Sirih yang mungkin kita tak tau atau pandang ringan manfaatnya. Menerusi perkongsian Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh beliau berkongsi manfaat air rebusan daun sirih ini.

Khasiat dan 10 Petua Dari Rebusan Daun Sirih

1. Membantu Masalah Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.rebusan daun sirih

3. Mencegah Bau Ketiak
Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

5. Ubat Bisul Dan Bengkak
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

10. Tangas basah sirih
Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas.

BACA JUGA: Tahu Tak Apa Jadi Bila Rebus Biji Tembikai? Rugi Kalau Buang Je!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 − 2 =