Kesan Pada Otak Anak Jika Kurang Diberi Perhatian Dan Kasih Sayang

Ibu-bapa perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan kasih sayang kepada anak mereka supaya mereka tidak rasa terasing dan diabaikan. Anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian lebih menyayangi ibu-bapa dan pastinya akan menjadi manusia berguna untuk keluarga dan agama.

Ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang perbezaan tumbesaran otak kanak-kanak yang mendapat perhatian sepenuhnya berbanding mereka yang kurang kasih sayang.

Dasyatnya Kesan Pada Otak Anak Jika Selalu Diabaikan!

Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.

otak anakOtak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain!

Nak anak bijak dan sihat otaknya?

Balik rumah nanti terus :

  • peluk anak
  • bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
  • gosok ubun-ubun anak
  • tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
  • tutup TV dan banyakkan bermain bersama
  • banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
  • banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
  • selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka

Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!

Sila ke Telegram Channel ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif saya supaya tak terlepas ilmu parenting yang lebih penting ye
#tolongsebarkan
#ajarkeluargakita

Sumber dari Facebook Dr Taufiq Razif

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 19 =