Kesan Buruk Makan Ikan Masin Masa Berpantang

Ada ke mak-mak yang berpantang tetapi pulun makan ikan masin dengan nasi panas-panas sampai tak ingat dunia? Isyh, lulus ke makan ikan masin sewaktu dalam pantang? Sesetengah orang kata boleh tetapi ada yang melarang!

Ini yang Puan Mira Baharin cuba kongsikan, jom semak apa kesannya jika makan waktu berpantang. Ehhh… ikan masin. Sedapnyaaaa! Makan dengan nasi panas-panas, cicah sambal tarukkk budu. Fuhh nikmat gaisss.

Tapi. Tapi. Kalau dalam tempoh berpantang bersalin, ada sahaja yang makan ikan masin dengan nasi kan? So, kakyaa nak share sendikit ilmu berpantang dengan semua.

Mengikut sesetengah petua orang melayu, ibu dalam pantang di beri green light dengan memakan ikan masin semasa berpantang.

Tahu kah? kesan yang boleh dapat makan ikan masin dalam pantang boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk. Dan yang paling dosa besar, boleh melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Kesan 1

Bila dah namanya ikan masin, mestilah berkait dengan garam sebab itu adalah bahan utama dalam proses buat ikan masin.

Kesan Buruk

Boleh membuatkan rambut keguguran jika diambil dalam kuantiti yang besar.

“Apabila garam dimakan dalam kuantiti yang besar, ia boleh menjadi toksik kepada rambut anda, dan menyekat nutrien penting daripada memasuki folikel rambut anda dan nutrien ini adalah sangat penting untuk kesihatan rambut anda. Apabila folikel rambut anda dilucutkan nutrien, ia perlahan-lahan boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku. – sumber ”

Kesan 2

Seperti ramai yang tahu, jika banyak garam dalam diet adalah sangat tidak baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi. Dan yang yang paling penting makanan yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan badan dehidrate.

Zat makanan yang tidak cukup dan dehirasi boleh menjejaskan bekalan susu ibu.

Hope. Perkongsian kakyaa ni dapat membantu mom-mom bakal jadi mom. Dan yang ibu yang sedang berpantang sekarang.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty + 8 =