Kesan Hangus Pada Seterika, Hilangkan Dengan 3 Cara Mudah Ni

Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.

Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.

 

Cara 1
Losyen

Caranya:

  1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
  2. Sapu rata.
  3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
  4. Kesan hitam hilang dengan pantas.

kesan hangus seterika, seterika hangus, bersihkan saterika hangus, kesan hangus pada seterika, cuci seterika

BACA JUGA: Papan Pemotong Lama Nampak Kusam & Kotor? Ini Cara Bersihkannya

Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar

Caranya:

  1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
  2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
  3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
  4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.

kesan hangus seterika, seterika hangus, bersihkan saterika hangus, kesan hangus pada seterika, cuci seterika

Cara 3
Daun pisang

Caranya:

  1. Ambil sehelai daun pisang muda.
  2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
  3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.

Selamat mencuba!

BACA JUGA: Cara Mudah Membersihkan Mesin Basuh, Pasti Anda Terkejut Mesin Basuh Anda Kotor Sebegini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment