Ibu Bapa Wajib Tahu Kesan 3 benda Ini Pada Anak

Ibu bapa perlu tahu bahawa, tiga benda ini boleh mendatangkan ‘bahaya’ kepada anak masing-masing. Sarung tangan, walker dan bantal mungkin di mata kasar ibu bapa ianya nampak seperti tiada apa-apa. Namun kesannya pada tumbesaran anak-anak? Sudah tentu ramai ibu bapa yang masih belum tahu.
SEMUA ibu bapa wajib tahu akan bahaya tiga benda comel ini pada anak mereka.
1. SARUNG TANGAN BAYI / BABY MITTENS
Ramai ibu bapa tidak tahu yang bayi ini sebenarnya menggunakan jari jemari mereka untuk meransang otak mereka. Semakin banyak sentuhan dan ransangan taktil, semakin cepat berkembang otak anak kita.
Sebab itulah, sebaiknya pakaikan mittens ini jarang-jarang saja. Sebaiknya jangan pakaikan untuk anak yang dah nak masuk umur satu bulan. Biar saja anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.
kesan mitten pada anak, kesan buruk bantal pada anak, kesan buruk walker pada anak,
2. WALKER
Ramai ibu bapa belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker inilah yang membuatkan ransangan otak dan otot kaki anak kita menjadi semakin berkurangan. Berguling, merangkak dan bermain di lantai yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan.
Yang paling saya takutkan, walker inilah antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak. Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel capai sendiri semasa tengah naik walker ini. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ini.
3. BANTAL
Yang ini paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ini boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba atau sindrom bayi mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome). Tanpa sedar, bantal hiasan itu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas.
Sebab itu sebaik-baiknya elakkanlah menggunakan bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam. Tetapi itu tidak mungkin, kan? Saranan saya, bila nampak anak sudah lena, alihkanlah bantal itu semua kecuali anak kita berumur dua tahun ke atas.
kesan mitten pada anak, kesan buruk bantal pada anak, kesan buruk walker pada anak,
Tolong sebarkan info penting ini kepada ibu bapa yang belum tahu ye.
Sila follow Taufiq Razif di Facebook untuk lebih banyak info parenting yang lebih penting.
Sumber: Taufiq Razif

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment