Kenapa Perlu Kemas Pinggan Mangkuk Sebelum Tidur Malam?

Pesan ibu, sebelum tidur waktu malam kemas dulu pinggan mangkuk di dapur. Sampah pula diikat rapat sebelum dibuang. Namun, ramai pula yang payah untuk mengikutinya. Maklumlah masing-masing sibuk bekerja dan waktu malam dijadikan masa untuk berehat sepuas-puasnya.

Namun, rupanya itu bukan sekadar pesanan ibu atau orang tua-tua. Ia adalah pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti yang dikongsikan menerusi laman sosial ini, seorang netizen meluahkan apa yang dilalui selepas mengikut pesanan nabi ini.

Dulu buat tak tahu, maklumlah ikut mood sahaja nak mengemas…

Rupanya terselit hikmah bila mengemas dapur, bekas makanan dan juga sampah sebelum masuk tidur.

Ahh, lega sekali bila sudah menyelesaikan apa yang tertunggak kan! Tak baik tangguh-tangguh membersihkan rumah kita sendiri. Yang penting hati rasa lega dan tenang sangat-sangat seperti yang dikatakan oleh netizen ini.

Mungkin pesanan ringkas ini boleh menyedarkan kita tentang kepentingan kebersihan meskipun cuma berkenaan membasuh pinggan dan mangkuk. Selamat beramal!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment