Ramuan Homemade Untuk Kecilkan Pori-Pori Di Wajah

Siapa yang mengalami masalah pori terbuka je yang faham macam mana sedihnya susah nak nampak kulit muka sendiri glowing dan flawless. Nasib lah kan masa muda-muda dulu malas nak cuci muka, sekarang tanggung la.

Kotoran yang melekat dan tersumbat itu lah yang menyebabkan liang roma anda menjadi semakin besar tau. Tapi jangan la sedih-sedih sangat sebab kami nak kongsikan satu tips yang hanya menggunakan bahan di dapur sahaja untuk kecilkan liang pori anda.

Bahan-bahan yang digunakan;

  • 1 biji pisang
  • 1 cup yogurt asli
  • 1 sudu madukecilkan pori wajah, bukaan pori wajah, cuci pori muka, cara kecilkan pori wajah, petua kecilkan pori wajah

Caranya;

Hancurkan pisang kemudian gaulkan dengan yogurt dan madu.
Kacau rata sehingga sebati semuanya. Gunakan berus dan sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Anda hanya perlu lakukan seminggu sekali je untuk dapatkan hasil yang terbaik dan memuaskan. Jangan lupa sapukan minyak argan selepas guna masker ni. Dah tak payah stress sangat. Cuba je cara mudah ni.

sumber : Mem Myrah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment