Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Bersih dan Sentiasa Kemas!

Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Bersih dan Sentiasa Kemas! | Bekerja setiap hari membuatkan wanita dihimpit kesibukan hingga tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita terpaksa mengetepikan soal mencantikkan rumah setiap hari.

Jujurnya, waktu hujung minggu adalah waktu untuk kita memastikan rumah bersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.

Itu sahajalah waktu terbaik yang kita ada untuk memberi lebih ruang dalam mencantikkan rumah. Selebihnya banyak masa ibu-ibu dihabiskan untuk menjaga anak dan suami.

BACA JUGA :: Kenal Pasti 5 Jenis Hartanah Merugikan Jika Dibeli, Semak Sebelum Buat Pembelian Rumah Pertama!

Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah bersih dan terjaga cantik malah sentiasa wangi.

Ikuti empat langkah ini memastikan rumah bersih.

1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.rumah bersih,petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

BACA JUGA: Inilah 4 Petua Elak Lalat Berleluasa Di Dapur

2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

BACA JUGA: Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 − 6 =