5 Langkah Mudah Buat Jamu Manjakani Homemade, Barulah Betul-Betul Ori!

Kalau dapat buat sendiri jamu manjakani pastinya lebih puas hati dan paling utama kita tahu kualiti jamu yang dihasilkan adalah original dan dalam masa yang sama menjimatkan berbanding beli yang sedia ada dipasaran.

Fungsi jamu pastinya untuk kesihatan dalaman, sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran wanita. Ini sebagaimana perkongsian daripada Noraini Kahal menunjukkan bagaimana cara-cara nak buat jamu manjakani. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.

KAPSUL JAMU MANJAKANI HOMEMADE

Bahan-bahan :

  • Buah Manjakani
  • Kapsul kosong

Cara buat:

  • Sangai seketika buah manjakani.
  • Tumbuk dengan lesung batu untuk pecahkan manjakani.
  • Kisar hingga halus.
  • Tapis.
  • Masukkan jamu manjakani ke dalam kapsul.

jamu manjakani, buat sendiri jamu manjakani, homemade jamu manjakani, cara buat jamu manjakani, resepi buat jamu manjakaniEkstra Info:

1) Kapsul kosong beli di farmasi RM3.20/100pcs
2) Manjakani boleh beli di kedai sensei, kedai runcit india or pasaraya
3) cuci dulu baru sangai manjakani sekejap sahaja, asalkan biji manjakani panas.
4) Amalkan jamu manjakani sebiji sehari.
5) Kalau period tu tak perlu amalkan. Just buat basuhan sahaja.
6) Biji manjakani ni kena tumbuk dulu sebelum dikisar sebab kalau tak ditumbuk boleh pecah blender.
7) Guna sarung tangan getah untuk masukkan serbuk jamu manjakani dalam kapsul untuk menjaga kebersihan. Masukkan guna sudu sahaja, sangat mudah.

KHASIATNYA

Berikut antara manfaat dan khasiat yang terdapat dalam buah manjakani

BACA JUGA: Langkah-Langkah Menyediakan Jamu Untuk Cairkan Lemak Di Perut, Lepas Ini Tak Payah Risau Bab Buncit!

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

3. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

4. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang keanjalannya.

5. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

6. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

7. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

8. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

9. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

10. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

11. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

12. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

CARA DAN ATURAN GUNA

SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.

Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.

Ambil serbuk jamu manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT
Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.

*TIPS PENTING
Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.

Pelbagai kegunaan dan manfaat buah ini pada wanita, namun tidak semua boleh kita lakukan kerana kekurangan masa. Jadi untuk penjagaan dalaman adalah lebih mudah dengan mengambilnya dalam bentuk jamu manjakani, buat sendiri lebih ORI!

sumber : Noraini Kahal Via MAHN

BACA JUGA: Inilah Resepi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan Darah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat.Mohon Share Ya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × four =